Monday, 9 April 2012

GANAS!!! Cara Pegawai Polis Wanita Di China ‘Selesaikan’ Insiden Tebusan



Peranan wanita dalam pasukan bersenjata sesebuah negara memang tidak boleh dinafikan.

Benar, ramai di antara mereka hanya duduk memanaskan kerusi-kerusi di bahagian pentadbiran, tetapi tak kurang juga duduk di unit-unit kritikal seperti perisikan dan unit elit.

Dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat juga anggota polis wanita dalam pasukan elit, Unit Tindakan Khas (UTK).

Bercakap tentang ini, penulis ingin mengimbau kenangan kira-kira dua tahun lalu di China.

Ada satu peristiwa tebusan melibatkan suspek iaitu seorang lelaki dan mangsanya, seorang wanita di sebuah pasara raya.



Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk memujuk suspek agar melepaskan tebusannya, namun ia tidak diendahkan.

Lalu seorang pegawai polis wanita dari unit khas polis republik itu dihantar untuk memujuk lelaki tersebut.

Pegawai itu hanya berpakaian biasa (tidak beruniform) tetapi ada menyelitkan sepucuk pistol automatik di pinggangnya.

Memandangkan lelaki itu terus berdegil dan keselamatan nyawa tebusan pula makin terancam, pegawai polis wanita berkenaan mengambil keputusan berani dengan menyerbu ke arah lelaki tersebut sambil melepaskan empat das tembakan tepat ke muka suspek.

Akhirnya peristiwa tebusan itu selesai tidak sampai tiga saat, suspek rebah ke bumi dan mati serta-merta.

Mangsa pula berjaya dibebaskan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Hebat bukan? – Oleh SYAHRIL A. KADIR mynewshub.my

1 comment:

  1. UTK boleh buat ni dengan mudah. Cuma payah nak jadi 'hero' jenis baik diMalaysia. Semuanya hero jahat.Polis berbalas tembak dengan penjenayah tegar, perompak, dan pembunuh akan serta merta menjadi isu..malah anggota polis terbabit akan diheret kemahkamah dan masuk penjara..polis cegah demo jadi isu..PDRM hanyalah dianggap sebagai sampah dan anjing (termasuk oleh sesetengah orang Melayu sendiri).

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda