Sunday, 8 April 2012

ALKISAH MAK LAMPIR DAN PEMIMPIN PKR YANG KENCING BERCABANG ??




MENGGUNAKAN nama “keadilan” dan “rakyat” pada sebuah parti perlu mencerminkan mereka-mereka yang mengetuai dan menganggotai parti itu adalah benar-benar adil dan bertanggungjawab terhadap rakyat di negara ini.

Namun, Parti Keadilan Rakyat nampaknya hanya “adil” dan “rakyat” pada namanya sahaja, tapi maksud dan erti perkataan itu langsung tidak diamalkan oleh parti itu. Malah, mereka mengamalkan sesuatu yang bertentangan pula dengan kedua perkataan tersebut…

Terbaru, Ketua Wanita PKR Pusat, Zuraida Kamaruddin yang lebih terkenal dengan nama “Mak Lampir” telah ‘kantoi’ berbohong mengenai pemecatan bekas Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang, Mohd Isa Saidi.

Mohd Isa yang tidak tahan lagi dengan Azmin yang diam seribu bahasa tanpa penjelasan mengenai skandal hubungan sulit isterinya, Shamsidar dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah mendesak Naib Presiden PKR itu untuk menjawab isu berbangkit itu.



Bekas ahli PKR Ampang itu juga mahu semua penjelasan Azmin dibawa bersama bukti jelas dan sahih bagi membersihkan nama parti PKR atau Azmin perlu meletak jawatan sekiranya tidak mampu berbuat demikian.

Dengan “terjahan” dari pemimpin PKR Cabangnya itu, Zuraida merasa malu dan membuat satu sidang akhbar mengenai desakan Mohd Isa itu.

Menurut kenyataan “Mak Lampir” pada 4 April lalu, Mohd Isa BUKAN Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang dan dia telah dipecat dari jawatan tersebut sejak 26 Mac yang lalu kerana dikatakan terlibat dengan kes pecah amanah.

Zuraida juga mendakwa Mohd Isa telah muflis pada 10 Januari 2012 yang lalu dan menegaskan bahawa individu muflis tiada tempat untuk menjawat jawatan tinggi di dalam PKR.

Persoalannya, benarkah dakwaan “Mak Lampir” ini?

Keesokan harinya iaitu pada 5 April, Mohd Isa membuat sidang akhbar membalas kenyataan Zuraida tersebut. Menurut Mohd Isa, dia baru saja menerima surat pemecatan sebagai Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang semalam (4 April)!

“Sebenarnya, dia (Zuraidah) baru beri surat pemecatan kepada saya sebagai Ketua Penerangan (dengan notis pemecatan) 24 jam. Bukan sebelum ini dipecat, tapi baru ini dipecat. Saya balik rumah jam 3 petang tadi (semalam). Ada surat itu dipeti surat yang dikeluarkan sebab kenyataan minta Azmin keluar parti, bukan kerana kes sebelum ini,” kata Mohd Isa kepada media baru-baru ini.

Mohd Isa turut melampirkan surat berkenaan sebagai bukti. Mohd Isa juga menjelaskan bahawa “Mak Lampir” memang suka memecat ahli dan pemimpin PKR sejak mengetuai Cabang Ampang. Dia memberitahu bahawa lebih dari separuh Ahli Jawatankuasa PKR Cabang itu yang telah dipecat Zuraida sejak dia di situ.

Mengenai muflis pula, saya mendapati bahawa terdapat perbezaan yang sangat ketara mengenai masa untuk memecat seseorang. Mohd Isa muflis pada awal Januari (10 Januari 2012). Mengapa dia lewat dipecat?

Jika benar Mohd Isa dipecat pada 26 Mac lalu, mengapa Zuraida mengambil masa yang lama untuk memecat Mohd Isa? Dua bulan dari tarik diisytihar muflis, barulah Zuraida memecat Mohd Isa sebagai Ketua Penerangannya? Ada sesuatu yang tidak kena pada hal ini…

Jika benar juga Mohd Isa dipecat pada 4 April melalui surat yang diterimanya itu, surat berkenaan tidak pula menyatakan dia dipecat disebabkan muflis! Surat itu menyatakan bahawa dia dipecat sebab mendesak Azmin dan bukan status muflis. Ada satu lagi perkara yang tidak kena dalam hal ini.

Justeru itu, jelas sakali bahawa Zuraida menipu dalam hal pemecatan Mohd Isa sebagai Ketua Penerangan Cabang PKR yang diketuainya. Bukan saja Mohd Isa tidak diberi hak untuk membela diri, Zuraida sanggup pula menipu rakyat mengenai kontroversi tersebut!

Maka dengan ini, lengkaplah penipuan demi penipuan dari kepimpinan tertinggi PKR. Ketua Umumnya memang terkenal dengan menipu. Isu China Doll, Omega, Shamsidar, Saiful Bukhari, Altantuya, Israel dan banyak lagi yang belum dijawab Anwar dengan bukti berkreadibiliti.

Presiden PKR, Wan Azizah pula menipu mengenai Omega yang dikatakan disimpan di rumahnya. Sampai sekarang dia tak tunjukkan jam tangan Anwar itu. Itu belum lagi disebut mengenai pembohongannya mengenai Anwar. Anwar berada bersamanya ketika “meliwat Saiful”? Bukan Anwar sedang ber”twitter” diluarkah ketika itu?

Azmin pula menipu mengenai DNA anaknya, Afifah. Dia juga membisu mengenai hubungan ranjang Shamsidar – Anwar. Azmin juga menipu mengenai saham-sahamnya yang bernilai jutaan ringgit! Dia menipu adiknya, Ummi Hafilda, dan Mak Tom, ibunya sendiri!

Sam Ketot? Ketua AMK ini memang terkenal dengan autanya. Chegu Bard pun akui Sam Ketot suka menipu. Dah berapa kali dah dia “terkencing dalam seluar” kerana menipu…

Dan kini, “Mak Lampir” pula masuk korum setelah berkali-kali juga menipu sebelum ini.

Saya hairan, mengapa karier politik para penipu tegar ini masih hidup? Mungkin kerana mereka memang hebat menipu. Malangnya ada juga rakyat yang terpedaya, terpengaruh dengan hasutan dan temberang besar mereka. Kasihan…

Sumber

1 comment:

  1. lepas ni londeh mak lampir pulokkkkk skinny or hairy

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda