Wednesday, 7 March 2012
TUDIAA!! PATUT LA LEBAI LEBAI NI BISING SEBAB TAK DAPAT 10% DARI RM 600JUTA??
Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.
Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.
Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.
Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.
Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit"."Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.
Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.
Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.
Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.Seorang pembantu Azizan memberitahu, menteri besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Akhirnya punca masalah pergolakan kerajaan negeri PAS Kedah diketahui apabila projek pembinaan jalan bernilai RM600 juta mahu diberikan kepada kontraktor Melayu tetapi ditentang oleh lebai Anwarinas.
Menurut satu sumber, 2 ekor lebai Anwarinas nampaknya lebih seronok menjadi barua taukey cina dari melihat kontraktor Melayu yang didakwanya bekas pemimpin UMNO mendapat projek itu.
Selama ini, UMNO dan BN sebagai kerajaan ada juga berlaku adil dlm pengagihan kontrak kepada bumiputera.
Contoh paling ketara ialah YB Ir bekas Menteri Besar PAS Perak sendiri mendapat tender kerajaan.
Kenapa lebai2 PAS Kedah busuk hati tidak mahu membantu orang Melayu? Adakah kontrak mahu diberikan kepada taukey cina yang rapat kepada DAP?
Kalau benar, memang merugikan pengundi Kedah memberi amanah kerajaan negeri kepada PAS.
Sudah sampai masa rakyat Kedah menolak kepimpinan PAS Kedah yang jelas tunduk kepada PKR & DAP !!!
minda hijrah
MTK
phahrolrazi takdapat tapau skit duit projek tu sebab tu dia marah,KUIN dia dah sapu 33juta..kalau yang ni 600juta maknanya dia dapat 60 juta...memang taik betui la perangai setan lebai lebai pas ni..yang ni ka kata perjuangkan Islam??orang macam ni bukan perjuangkan Islam tapi untuk nafsu perut tu
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda