Friday, 30 March 2012

PANAS!!! MAHFUZ SERANG PDRM GARA GARA SLIP KEPUTUSAN SRP TELAH DIBOCORKAN???

rekaan semata mata

AHLI Parlimen pembangkang paling ‘sengal’, Mahfuz Omar, hari ini sekali lagi menunjukkan tahap ‘kesengalan’nya apabila menyatakan bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk “membersihkan nama polis.

Berkata di sidang Parlimen, Mahfuz yang sering memalukan orang Kedah dengan kenyataan bodohnya itu menuduh bahawa kononnya AG dan bekas KPN itu melindungi ketua kongsi gelap. Benarkah begitu?



Persoalannya, siapakah yang selama ini memburuk-burukkan nama Polis DiRaja Malaysia (PDRM)? Siapa pula yang sangat gemar menabur fitnah terhadap PDRM? Siapa pula yang selalu buat kecoh sehingga menyusahkan PDRM?

Sangat jelas tentang tindakan puak-puak Pakatan Haram selama ini yang selalu melakukan provokasi terhadap pihak polis. Dari sekeji-keji perkataan, hinggalah kepada seburuk-buruk perbuatan, semuanya telah dilakukan puak-puak tersebut kepada PDRM.

Gelaran ‘anjing’ yang diberikan kepada Sang Saka Biru bermula dari Anwar sendiri ketika ditahan berhubung salahguna kuasa dan kes liwat I dahulu. Hasilnya, mata Anwar lebam sedikit menerima penangan bekas KPN ketika itu, Tan Sri Rahim Noor, sebelum Anwar sendiri melebamkan matanya lagi bagi menagih simpati ramai.

Dalam insiden itu, Anwar cuba memburuk-burukkan nama polis untuk pertama kalinya. Dan sejak itulah juga imej PDRM semakin teruk diburuk-burukkan pihak pembangkang. Dan sekarang Mahfuz suruh Kerajaan membersihkan imej polis? Dia yang palitkan najis, kerajaan pula yang perlu bersihkan?

Sejak insiden itu juga imej polis dikeronyok teruk oleh pihak pembangkang. Ketika himpunan Bershit 2.0 paling jelas. Mereka sampai ke tahap merancang mahu polis memukul mereka. Malang bagi puak-puak pembangkang, polis tak termakan umpan tersebut, kecuali terpaksa bila mereka terlalu melampau.

Dan kini, imej bekas KPN dan Peguam Negara pula yang menjadi mangsa. Kononnya, mereka berdua terlibat melindungi ketua kongsi gelap. Mahfuz yakin ke dengan tuduhan tersebut? Sebab, kalau tuduhan itu tidak benar, maka ia boleh dikategorikan sebagai fitnah. Penganut “agama” PAS dihalalkan fitnah ke?

Setahu saya, Tan Sri Musa merupakan seorang yang sangat tegas dan tiada kompromi. Anwar yang ketika itu Timbalan PM pun gagal “kowtim” dengan Musa berkenaan kes liwat I dahulu. Kalau betul, betullah dan kalau salah, maka salahlah. Itu prinsip Musa, setahu saya.

Berkenaan kumpulan kongsi gelap, tidak mustahil beberapa pegawai penyiasat yang terlibat menerima sogokan dari ketua-ketua kumpulan tersebut. Paling tidak, sudah tentu ada yang menerima ugutan dari penjenayah-penjenayah itu. Mungkin disebabkan itu, wujudnya campur tangan SPRM dalam hal ini.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff datang dengan “dokumen” yang menyatakan kononnya Musa dan Ghani bersalah dalam hal ini.

Pada saya, jika benar pun dokumen tersebut ‘melepaskan’ ketua kongsi gelap, sudah tentu ada alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. Mungkin wujud justifikasi lain yang lebih utama dan penting seperti mengelak identiti rahsia ‘agen polis’ dari terbongkar dan mengakibatkan kehilangan nyawa.

Persoalannya, perlukah kerajaan mendedahkan operasi-operasi rahsia PDRM? Kalau didedahkan modus operandi rahsia polis, bolehkah ia dipanggil ‘rahsia’ lagi? Atau Mahfuz mahu rahsia tersebut didedahkan bagi kepentingan operasi Ronnie Liu?

Selalunya, operasi-operasi sulit berhubung siasatan rahsia terhadap kegiatan kongsi gelap hanya diketahui oleh dua tiga orang individu berjawatan tertinggi sahaja dah tidak didedahkan kepada yang lain, walaupun seorang pengarah polis. Dan di dalam kes rahsia ini, ia tidak mustahil untuk dirahsiakan dari Ramli.

Saya yakin, usaha Ramli, Mahfuz dan Gobind ini sengaja dilakukan bagi menyerang imej polis dan kerajaan secara berterusan. Jadi, mereka serang rahsia-rahsia kerajaan yang sepatutnya tidak didedahkan kepada umum. Bila kerajaan tak mahu dedahkan, maka mereka timbulkan spekulasi memburuk-burukkan keadaan. Itu modus operandi pembangkang…

Malangnya, ada segelintir rakyat yang tidak faham dalam hal ini dan menyalahkan PDRM serta kerajaan BN. Padahal, mereka tidak sedar bahawa minda mereka telah dimanipulasi pembangkang! Pada saya, hanya yang enggan berfikir secara waras dan rasional saja yang akan terpedaya dengan orang bodoh seperti Mahfuz ni…

- PANDORA

SUMBER KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda