Wednesday, 28 March 2012

PANAS!!! KERANA MALAS TURUN KE KAWASAN MP PUCHONG DIMAKI DALAM SATU MAJLIS !!??



Gobind Singh Deo di maki hamun didalam satu majlis bersama persatuan penduduk di Taman Equine Park. Turut bersama didalam majlis tersebut Ahli Majlis zon 15, Michael Tamil.

Seperti biasa Gobind Singh Deo akan menceritakan tentang kehebatan kerajaan PR Selangor dalam menguruskan kerajaan negeri dan membantu masyarakat setempat. Cerita-cerita bohong yang beliau sampaikan mengenai kerajaan PR Selangor sudah muak didengar oleh masyarakat setempat,lebih-lebih lagi bila pihak PBT yang dilihat gagal menyelesaikan masalah sampah dikawasan tersebut.

Ini diburukkan lagi dengan rekod Gobind Singh Deo yang hanya boleh dilihat didalam siri ceramah PR di Puchong sahaja. Ahli Parlimen tersebut adalah AHLI PARLIMEN TERMALAS yang pernah rakyat Puchong dapat sepanjang Puchong menjadi Parlimen didalam pilihanraya.



Dalam majlis bersama persatuan penduduk yang di anjurkan sendiri oleh beliau, Gobind Singh Deo diajukan soalan "BERAPA KALI BELIAU DATANG KE KAWASAN INI?" "APAKAH BELIAU TAHU MASALAH PENDUDUK SETEMPAT?".

Keadaan menjadi bertambah tegang apabila wakil persatuan penduduk tersebut mengatakan Gobind Singh Deo tidak layak menjadi Ahli Parlimen Puchong kerana dia sendiri tidak tahu apa masalah penduduk di Puchong dan malas untuk turun ke kawasan.

Nasib baik masih ada ramai lagi yang rasional di majlis tersebut dan berjaya menahan kesabaran,sekiranya tidak mungkin majlis tersebut akan menjadi tragedi ngeri untuk Gobind Singh Deo di Puchong.

sumber

MTK
MP MALAS,KAWASAN SENDIRI TAK JAGA.DUK SEBOK BELA ANWAR

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda