Saturday, 17 March 2012

BENARKAH SEJARAH 13 MEI AKAN BERULANG??


13 Mei - SATU SEJARAH atau SEJARAH BERULANG

13 Mei adalah satu tarikh yang akan berulang setiap tahun selagi dunia ini belum kiamat. Bagi tarikh ini hanya tahun dan hari yang berubah. Tiap-tiap tarikh 13 Mei berbagai peristiwa dan kejadian akan berlaku. Ada yang sama dan ada yang tidak sama antara tarikh-tarikh ini. Dan peristiwa yang paling diingati ialah 13 Mei menjadi tarikh lahir atau tarikh perkahwinan seseorang. Pada tarikh ini pasti ada saja sambutan atau keraian yang perlu dilakukan bagi mengingati peristiwa penting yang berlaku.

Diantara peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tarikh ini ialah Peristiwa Berdarah yang menimpa Malaysia pada tahun 1969. Peristiwa ini menjadi sejarah hitam bagi negara Malaysia. Keamanan dan kedamaian hidup rakyat sejak Merdeka pada tahun 1957 telah terganggu dan tergugat.Banyak nyawa terkorban. Hubungan antara kaum menjadi tidak lagi harmonis. Perasaan curiga mencurigai membalut pemikiran dan perasaan antara kaum. Perasaan dendam dan marah menguasai diri. Namun masih ada sekumpulan manusia yang tersenyum gembira atas kejadian ini.



Apakah pula tindakan Kerajaan pada ketika itu? Adakah peristiwa itu direstui oleh kerajaan?

Sebenarnya kejadian malang ini tidak dijangka oleh pemerintah. Apapun tindakan tegas dan pantas telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendong kejadian ini dari merebak ke seluruh negara. Perintah MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah dikenakan diseluruh negara. Perintah berkurung dilaksanakan. Pasukan Keselamatan diarah melaksanakan perintah ini sehingga negara kembali aman.

Apakah punca atau punca-punca yang mendorong tercetusnya 13 Mei 1969?

Adakah peristiwa pahit ini menjadi pengajaran agar ia tidak berulang di masa hadapan?. Apakah jaminannya? atau Adakah ia perlu berulang sebagai pengajaran kepada golongan yang sengaja tidak mahu memahaminya?.

Untuk membantu mencari jawapan , mari kita lihat punca-punca berlakunya 13 Mei 1969 dengan suasana semasa di dalam negara kita.




Pertama
13 Mei 1969 - Peristiwa hitam ini berlaku ada kaitannya dengan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Pada 17-11-1967 di Pulau Pinang, Gerakan Belia Mao Tze Tong telah melancarkan "hartal" (mogok umum) apabila kerajaan menurunkan nilai matawang lama. Tetapi hartal ini tidak merebak ke seluruh negara sekaligus percubaan ini gagal.Pada masa ini penduduk-penduduk Cina di Malaysia masih kuat berkiblatkan Mao Tze Tong dan idelisma Parti Komunis Cina.

Semasa - Apakah semangat kaum Cina Malaysia sudah hilang semangat keCinaannya dan terkiblatkan undang-undang dan peraturan hidup di Malysia?


Kedua
13 Mei 1969 - Pada Jun 1968, satu tunjuk perasaan kaum Cina berlaku membantah hukuman gantung keatas 11 orang Cina dari Johor yang prokomunis setelah membantu pihak Soekarno (Indonesia) menyerang selatan Malaysia dan 2 orang Melayu dari Perak yang menderhaka kepada Malaysia.Tarikh hukuman gantung telah tiba setelah Baginda Sultan Johor dan Baginda Sultan Perak tidak mengurniakan keampunan kepada mereka. Dr Tan Chee Koon anggota Parlimen Parti Buruh dari Parlimen Batu telah mengetuai misi pengampunan ini. Di luar pintu penjara Pudu dan sepanjang jalan menuju ke penjara telah berlaku tunjuk perasaan. Kenderaan yang lalu lalang di kawasan ini dibaling dengan batu oleh penun juk perasaan yang dianggotai oleh Belia Komunis. Tunku A. Rahman (Perdana Menteri) akhirnya mengadap Sultan Johor dan Sultan Perak bagi memohon keampunan demi mengelak berlakunya huru hara dalam negara. Akhirnya pesalah-pesalah ini dihukum penjara seumur hidup.


Keadaan Sekarang
Apakah kini tidak ada rakyat yang mempersoalkan dan tidak mengendahkan titah Tuanku Sultan sambil menyerlah tidakan kurang ajar pada Institusi Raja?
Bagaimana dengan kematian Teoh Beng Hock?Apakah masyarakat Cina dapat menerima hakikat kematian beliau?
Bagaimana pula dengan bidang kuasa kehakiman yang menjatuh hukum keatas individu-individu tertentu tidak dipersoal dan diterima oleh golongan berkenaan?



Ketiga
13 Mei 1969 - Pada 5 April 1969 adalah hari Penamaan Calon dan 10 Mei 1969
adalah hari Mengundi bagi Pilihanraya 1969.

Enam buah parti berikut :
· Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC)
· Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS) parti yang memerintah Kelantan dengan 9 orang Ahli Parlimen
· Parti Gerakan (dipimpin oleh Syed Hussein Al Atas, Dr Lim Chong Eu dan V David
· Parti Tindakan Demokrat (DAP) pimpinan Goh Hock Guan cawangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura
· Parti Progresif Rakyat (PPP) pimpinan S.P Seenivasagam
· Pertubuhan Cina Malaysia Bersatu (UMCO) Presidennya Chin See Yin (parti baru dari Seremban)

Bertanding bagi merebut 113 kerusi Parlimen selain kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri. Jangkamasa kempen selama tujuh minggu diperuntukan. Suasana kempen menjadi sangat panas apabila Parti PAS menggunakan sentiment Melayu bagi meraih sokongan orang Melayu sementara Parti DAP dengan sentiment Cina bagi memenangi undi orang Cina. Keadaan bercelaru ini diambil kesempatan oleh Parti Komunis menghasut pemuda-pemuda Cina yang pertama kali mengundi.

Ahli-ahli Kongsi Gelap Cina dilantik menjadi wakil calon kepada calon Cina. Modus operandi mereka ialah menakut-nakutkan pengundi dan mengugut. Isu-isu panas yang dimainkan oleh parti Cina ialah menentang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Mereka juga menuntut supaya diadakan sekolah berasingan untuk orang Cina dengan bahasa ibunda Cina sebagai bahasa pengantar dan diadakan hospital berasingan bagi kaum Cina dengan alas an makanan babi tidak dihidangkan disekolah dan hospital.

Sementara PAS pula mencemar dan mencaci UMNO dengan menanam rasa takut orang Melayu terhadap UMNO dengan beranggapan UMNO pro-Cina. Tunku A Rahman dikatakan bangsa Siam dan beragama Buddha sementara gambar Khir Johari yang berpakaian Cina (untuk berseloroh dengan sahabat Cina) dijadikan bukti UMNO procina.

Dari seberang Tmbak Johor, sentiment Malaysian Malaysia diimpot bagi menuntut kesamarataan rakyat pelbagai kaum. Pada masa yang sama PAS telah menerima bantuan wang daripada komunis untuk menjatuhkan UMNO dan Parti Gerakan menjatuhkan MCA. Ini terbukti apabila pada 17 Jun 1969 sebuah akhbar Hong Kong “The Star” telah melaporkan bahawa Bank of China di Singapura tidak dapat mengimbangkan penyata kewangannya kerana Malaysia.

Bahang panas kempen pilihanraya Malaysia 1969 tiba kemuncaknya apabila seorang pekerja parti UMNO dari Jelutong, P Pinang telah dipukul hingga mati oleh sekumpulan pemuda Cina semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah . Pemuda-pemuda Cina ini sedang menconteng papan-papan tanda dengan cat merah sebagai tanda menyokong idealism komunis pada malam 24 April 1969. Demi menjaga keamanan Negara kematian pemuda Melayu Kassim bin Omar telah dirahsiakan.

Perasaan benci pada pemerintah bukan berakhir dengan terkorbannya nyawa Kassim bin Omar.Ianya lebih disemarakkan dengan kematian Lim Soon Seng pada 4 Mei 1969. Dalam peristiwa ini sekumpulan pemuda Cina sedang mengecat dengan cat merah diatas jalanraya. Apabila dilihat oleh 3 orang polis yang sedang meronda dan setelah memperkenalkan diri, polis tadi diserang oleh kumpulan pemuda Cina sehingga pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri. Akhirnya salah seorang pemuda Cina Lim Soon Seng telah mati di hospital.

Disinilah ujudnya kesempatan yang sangat baik kepada penganut-penganut komunis menggunakan isu pengkebumian Lim Soon Seng pada 10 Mei 1969. Mayat Lim disimpan di rumah mayat Jalan Sultan (Bandar Cina yang paling sibok di K Lumpur) yang sepatutnya dibawa pulang ke Kepong saja. Lim akan disanjung sebagai “pahlawan” dan pengkebumiannya harus dijalankan dengan sebaik mungkin dan secara besar-besaran. Mayat ini telah diarak sekeliling K Lumpur walaupun kebenaran polis hanya melalui jalan-jalan tertentu dengan tidak mengganggu lalu lintas dan juga orang ramai.

Perarakan mayat telah bertukar menjadi perarakan politik yang diterajui oleh parti dan penyokong komunis. Semangat kebencian kepada kerajaan dan orang Melayu paling memuncak.Dalam suasana beginilah Pengundian Pilihanraya 1969 berlangsung.




Keadaan Sekarang

Tidakkah sekarang juga berlaku conteng menconteng poster parti politik?
Tidakkah sekarang juga berlaku ugut mengugut pengundi pada hari mengundi?
Tidakkah sekarang ada kumpulan yang mempersoal Perlembagaan Negara?
Tidakkah sekarang juga berlaku tuntutan berlebihan dari sekolah Cina?
Tidakkah sekarang kegiatan Ah Long berleluasa?
Tidakkah sekarang berlaku bantuan wang dari luar?
Bagaimana dengan demonstrasi ganas Lynas, Tol Cheras Bersih,901?
Adakah pihak polis dan pasukan keselamatan yang menjaga keamanan Negara dihormati?



Keempat - Keputusan Pilihanraya 1969

Tidak memeranjatkan keputusan Pilihanraya 1969 bila hari mengundi bersamaan hari pengkebumian Lim Soon Seng. Berbekalkan semangat kebencian yang meluap-luap terhadap pemerintah dan orang Melayu, UMNO telah kehilangan undi Cina MCA. Lebih parah P Pinang jatuh ketangan pembangkang Gerakan sementara Kelantan jatu kepada pembangkang PAS. Parti Perikatan hamper-hampir hilang negeri Perak. Di Selangor Perikatan memperolehi kerusi sama banyak dengan Pembangkang. Kerusi Bebas menjadi PENENTU dalam pembentukan Kerajaan.

Sementara kerusi Parlimen, Perikatan telah kehilangan 13 kerusi dari 89 kepada 76. DAP menambah kerusi kepada 13, PAS kepada 12, Gerakan 8 dan PPP 4



Kelima - Perayaan Kemenangan Pilihanraya 1969.

Pada 12 Mei 1969, Dr Tan Chee Khoon , Setiausaha Agong Parti Gerakan telah memohon permit mengadakan perarakan kemenangan. Permohonan diluluskan dengan ,membenar perarakan melalui jalan-jalan tertentu sahaja. Masa perarakan juga ditetapkan. Namun dengan semangat kemenangan yang tidak terkawal rombongan perarakan telah melanggar semua syarat polis.

Perarakan juga telah berubah dari perarakan kemenangan kepada perarakan provokasi. Meraka telah berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil dan memasuki kawasan-kawasan yang tidak diluluskan dan masuk ke Kampoing Baru. Kampong Baru adalah kawasan penempatan orang Melayu. Mereka menjerit perkataan-perkataan yang menimbulkan kemarahan orang Melayu seperti “Melayu Bodoh”, “Melayu Mati”, “Melayu sudah tiada kuasa”.

Pada masa sama satu lagi kumpulan yang diketuai oleh Yeoh Teck Chye mula berarak di Jalan Bukit Bintang dan satu lagi kumpulan berarak dari Petaling Jaya yang diketuai oleh V David. Perarakan tanpa permit berlarutan hingga 13 Mei. Tanpa disedari Parti DAP juga telah bergabung dengan perarakan asal dan keadaan menjadi lebih panas dan tidak terkawal. Kata-kata provokasi lebih hebat dan pasukan perarakan ini telah bergabung dengan kumpulan kaum India dari Brickfields. Tindakan kumpulan perarakan begitu ganas dan kurang ajar. Mereka membawa penyapu diatas lori, seolah-olah mahu menyapu orang Melayu dari K Lumpur.

Orang Melayu K Lumpur yang tertekan terutama dari Kg Baru telah hilang kesabaran setelah dihina bertindak memohon kebenaran polis untuk mengadakan Perarakan Kemenangan pada 13 Mei petang yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris. Perarakan akan bermula dari rumah Datuk Harun di Kg Baru. Baru saja perarakan Melayu nak bermula kelihatan asap hitam menyelubungi K Lumpur setelah rumah-rumah dan kenderaan telah dibakar disana sini.. Keadaan sudah tidak terkawal dan Pasukan Keselamatan bertindak mengadakan perintah berkurung mulai jam 7 malam 13 Mei 1969.


Daripada paparan yang diutaran, beberapa soalan timbul dibenak kita.

1. Apakah isu-isu yang timbul pada hari ini yang berbentuk provokasi yang berlebih merupakan ulangan kepada isu dan provokasi tahun 1969?

2. Tidakkah isu-isu ini yang mencetuskan pergaduhan kaum pada 1969?

3. Adakah tindakan menimbulkan kembali isu-isu ini disengajakan?

4. Apakah peristiwa hitam 13 Mei satu sejarah atau sejarah berulang?


“BEING A MALAY IS JUST NOT ENOUGH”

kedahkekl

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda