Thursday, 16 February 2012

TUDIAA!! PENDUDUK YAN BERANG KERANA DI TIPU OLEH PAS ??


Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta menjelaskan kepada rakyat khususnya penduduk di Yan mengenai status projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (Sulihh) yang mahu dibangunkan oleh kerajaan Kedah yang diterajui Pas.

Penyelaras Parlimen Jerai Datuk Suhaimi Abdullah berkata masyarakat di Sungai Limau iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh Azizan, mahu melihat perkembangan terkini mengenai projek berkenaan yang dikatakan dalam pelaksanaan namun tidak menunjukkan sebarang perubahan.

"Penduduk juga mahu tahu sama ada tanah mereka di sekitar kawasan itu bakal diambil untuk projek tersebut dan juga jika mereka akan menikmati peningkatan taraf hidup selepas projek tersebut siap," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Stor Simpanan Baja dan Forklift di Pertubuhan Peladang Kawasan E-IV Bukit Besar dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, stor simpanan baja dan forklift disampaikan oleh Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq kepada Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) E-IV Bukit Besar.



Suhaimi, yang juga Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen Jerai, berkata beliau bimbang akan berlaku percanggahan terhadap sistem perairan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan projek terbabit.

Projek Sulihh dulunya dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang diumumkan pada 2007 hasil perancangan kerajaan Barisan Nasional semasa memerintah negeri Kedah.

Projek itu melibatkan pembinaan kilang penapisan minyak yang memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum dijual ke negara-negara Asia Timur.

Selepas pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran Kedah pada pilihan raya umum pada 2008, mereka bersetuju meneruskan projek itu dengan menggunakan kaedah lain iaitu menambak laut bagi memberi laluan kepada pelaksanaannya.

Mengikut perancangan awal, projek itu dijangka siap pada 2013 dan apabila beroperasi nanti ia dapat menjana pendapatan RM400 juta setahun kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, Redza berkata bagi tahun 2011, NCIA telah menjana lebih RM250 juta hasil daripada penglibatan sektor swasta dan sekaligus dapat menyediakan 2,100 peluang pekerjaan dan perniagaan yang dijalankan golongan petani.

"Pembangunan ekonomi merupakan agenda penting di wilayah koridor utara dan dengan kehadiran sektor swasta dapat membantu petani menjana pendapatan, ekonomi dan peluang pekerjaan mereka di luar bandar," katanya.

Redza berkata penyerahan stor bernilai RM6,597 dan forklift hari ini dapat memberi manfaat kepada lebih 1,800 petani yang mengerjakan 4,500 hektar sawah padi.

Sebanyak 13 lokasi di Wilayah Ekonomi Koridor Utara telah dipilih menerima bangunan stor baja dan forklift secara berperingkat sejak Januari 2011 hingga Februari 2012 yang dapat memberi manfaat kepada lebih 20,000 petani membabitkan 30,000 hektar sawah.

Redza berharap dengan bantuan itu, hasil padi yang diperoleh oleh petani sebanyak enam tan metrik bagi satu hektar akan meningkat kepada lapan tan metrik dalam masa terdekat.- Bernama

MTK
PAS BUKAN RETI BAWA PELABURAN KAT NEGERI KEDAH..SEMUA MINTA BANTUAN DARI PUSAT..YANG DEPA TAU MELULUSKAN SEGALA PROJEK MAKSIAT UNTUK KAUM CINA DI KEDAH DEMI UNDI!!!

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda