Wednesday, 29 February 2012

TUDIAA!! PAS TOLAK ISLAM,TERIMA KAPIR JADI PEMIMPIN NO 2 DALAM PARTI??!!



Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.



Menurutnya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.


Namun jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kata putus akhir hanya akan ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas.


“Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat, maknanya Islam memberi izin kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam,” katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-11 di sini, hari ini.


Pada pilihan raya umum Mesir baru-baru ini, Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya itu. Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul Muslimin.


Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan adalah seorang Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan Presiden II.


Ditanya adakah perubahan itu bermula dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas, Dzulkefly berkata, ia adalah salah satu transformasi yang sentiasa dibawa Pas.


“Dalam Islam, perkara urus tadbir amat terbuka, apapun kami bersedia menerima perubahan ini mengikut keperluan dan kepentingan,” katanya.




MTK
Pas makin menyimpang jauh dari landasan perjuangan,sanggup terima orang kapir menjadi pemimpin dalam parti..

Kalau si kapir yang jadi pemimpin dalam pas tu mepergunakan ayat ayat Al quran dalam ceramah bagaimana?Sebelum ni pun Pas butakan mata dan pekak kan telinga saja mendengar pemimpin dapig laknat mempersendakan AlQuran di pentas pentas ceramah.

Mana Islam yang diperjuangkan pas?Memang pas dasar parti paling bangsat!!

3 comments:

  1. Apa nak jadilah dengan Dr Zul ni, muka pun dan macam nak sama dengan Salman Rusydi..

    Inilah suara salah seorang parasit dalam PAS!!!

    Tukar sahaja perlembagaan parti tu, suruh orang kafir jadi president lagi bagus, asalkan dia melaksanakan Islam sebagai sistem kehidupannya termasuk sistem bernegara .. kan lebih liberal dan disukai oleh orang kafir...yahudi, nasara, majusi bahkan musyrikun seluruhnya !!! Bukankah Tim President itu akan memangku jaatan president bila berlaku kematian, ketidakupayaan atau seumpamanya??

    Paling mudah serahkan kepada Amirul Lim Guan Eng yang mengikut jejak langkah Umar Abdul Aziz RA kononnya.

    Apasal biol sangat puak puak PAS ni??

    ReplyDelete
  2. Itulah Islam Politik, bukan Islam Agama.Tak hairanlah kalau puak ni dah berterabur. Biarkan! Biarkan!

    ReplyDelete
  3. Keadaan di MESIR macam mana sekarang? BEST? Bukan tiap tiap hari BOM jalanan diletupkan? Bunuh membunuh setiap hari kerana politik!
    2 tahun dah berlalu semenjak komen Dr. Dzul tu. Lebih dari 2 tahun sudah MESIR semakin berlumuran darah. Itu yang nak di tiru dan idam idamkan..Sekarang sudah TERBUKTI PAS ni sememangnya tidak tahu tentang mentadbir. Hampir hampir menghancurkan apa nenek moyang kita membina!

    Nasib baik orang orang bodoh macam ni hanya mentadbir satu negeri je. Kalau satu negara....HANCUR!!!!!

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda