Sunday, 19 February 2012
TUDIAA!! KERAJAAN PAS KEDAH KEDEKUT??!!
Kerajaan Kedah diminta menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan bagi tujuan penyelenggaraan jalan-jalan yang rosak dan bukan menyimpannya untuk tujuan lain.
Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah berkata, rakyat tidak seharusnya dibiarkan menanggung kesusahan akibat sikap tidak prihatin kerajaan yang memerintah.
Beliau berkata, rayuan dan permohonan penduduk Jalan Kilang Tebu di sini sejak empat tahun lalu supaya jalan sepanjang satu kilometer itu diturap baru atau diselenggara tidak dipedulikan adalah contoh sikap tidak peka kerajaan Kedah.
"Kegagalan kerajaan negeri membelanjakan peruntukan penyelenggaraan bertentangan dengan slogan 'Kedah Sejahtera' yang dilaungkan kerajaan Pas Kedah," kata Latt Shariman kepada pemberita di sini hari ini ketika meninjau kerja-kerja membaiki dan menampung lubang Jalan Kilang Tebu.
Ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mahdzir Khalid membangkitkan isu peruntukan itu pada sidang belanjawan DUN November lalu berikutan kerajaan negeri hanya membelanjakan RM53 juta daripada peruntukan sebanyak RM146.7 juta yang diberikan kerajaan pusat untuk tahun 2010.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu Dewan bagi 2011, peruntukan diterima sebanyak RM73.8 juta dan sehingga Mei 2011 hanya RM21.4 juta digunakan untuk menyelenggara jalan raya di negeri ini.
Pada sidang belanjawan itu, Azizan mengumumkan peruntukan sebanyak RM78.5 juta untuk penyelenggaraan jalan-jalan negeri bagi tahun 2012.
Latt Shariman yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, menyelar kerajaan negeri yang 'berkira' membelanjakan peruntukan tersebut walaupun rakyat menuntut untuk menikmati infrastruktur asas seperti jalan yang lebih selesa. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda