Wednesday, 8 February 2012

TUDIAA!! BN HUTANG 710JUTA 51 TAHUN,PAS HUTANG 100 JUTA SETAHUN..SIAPA YANG LEBIH BANYAK HUTANG??




Pada 12hb ni akan ada satu majlis pecah tanah di dua tempat yang berbeza di Langkawi. Satunya di Pulau Tuba iaitu tapak yang dicadangkan untuk membina Sekolah Tahfiz Sains. Dan yang keduanya pula bertempat di tapak Hotel bajet Metro Giant di Pokok Asam, Langkawi. Kedua-duanya akan dihadiri oleh Ustaz Azizan sebagai perasmi majlis tersebut.

Persoalan yang timbul adalah dari manakah Kerajaan Negeri nak cekau duit untuk pembangunan kedua-dua tempat tersebut? MKT difahamkan peruntukkan kedua-dua projek tersebut adalah datang dari Permodalan Kedah Berhad (PKB), salah satu dari anak syarikat Kerajaan Negeri.

Sekolah Tahfiz Sains melibatkan kos berjumlah sebanyak RM20 juta atau lebih. Kos pembinaan hotel bajet pula dianggarkan dalam lingkungan yang sama. Tolak campur, Kerajaan PAS Kedah sudah berhutang sebanyak RM40-50juta dah dalam jangkamasa tidak sampai setahun. Sebenarnya PAS lagi hebat bila berhutang. Baru setahun sudah hampir RM100 juta. Mengapa hendak pertikaikan hutang BN pula? Sedangkan BN memerintah selama hampir 50 tahun, hutang yang tinggal kepada PAS cuma RM710juta sahaja!! Jika dihitungkan selama 50 tahun BN memerintah Kedah, BN hanya buat hutang sebanyak RM13.9 juta setahun. Berbeza dengan PAS sekarang. Baru setahun sudah berhutang sebanyak RM100 juta dah. Bayarnya pula baru RM10 juta. Hebat,kan PAS ini mentadbir Kerajaan? Yang cerita menariknya juak-juak PAS pukul canang keliling Kedah Kerajaan PAS Kedah sudah bayar hutang sebanyak RM10 juta. Yang tambah hutang juak-juak PAS ni tak mahu ceitakan juga ker?




Melayu Kedah Terakhir

MTK
Haiyaa,pas kedah pun cakap tak serupa bikin jugak..malam ni mtk akan dedahlan pembohongan exco pas kedah pasal pelaburan di kedah..nantikan video panas tersebut!!

1 comment:

  1. dah kira ke hutang buat kampus KUIN kat kuala ketil. RM 320 juta kalau tak silap.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda