Khamis petang sel13.com diajak untuk berjumpa dengan seorang ahli PKR yang juga seorang ahli majlis sebuah PBT di Selangor. Kata ahli PKR berkenaan tindakan Rafizi itu berkemungkinan akan mengundang tindak balas agresif dari pihak lawan mereka.
Katanya kepada wakil sel13.com, “tuan ingat semua orang-orang PKR yang ada jawatan di Selangor bersih ke ? “
Beliau turut berkata Rafizi hanya mementingkan dirinya sahaja untuk dipotretkan sebagai hero. Dia tidak fikir bagaimana jentera parti dibawah bekerja dan segala-galanya memerlukan wang. Katanya lagi, “Rafizi masuk politik terus berada diatas dan dapat gaji puluhan ribu sebulan,dia tidak tahu susah payah orang di bawah” .
Sel13.com diberikan satu salinan resume Rafizi Ramli semasa memohon kerja sebagai Ketua Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Di muka surat tiga walaupun tidak dinyatakan berapa gaji yang Rafizi minta untuk bekerja sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor , tetapi tindakan beliau menyatakan gaji semasa dan elaun beliau sebanyak RM 30’000.00 ribu sebulan sudah cukup untuk menyatakan yang beliau mahukan pendapatan seperti itu atau lebih untuk bekerja di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Jika tidak mendapat pendapatan seperti itu tidak mungkin Rafizi bekerja di sana sekarang. Apabila Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji RM 1 , sampaikan ada ahli PKR yang menitis air mata mengenangkan Anwar sanggup berkorban sampai ke tahap itu demi untuk rakyat Selangor. Apa guna gaji penasihat RM 1 tetapi gaji ketua eksekutif puluhan ribu ringgit ? Itu belum lagi dikira gaji kakitangan-kakitangan yang lain, kos pentadbiran, kos pejabat, tuntutan elaun perjalanan penasihat ke luar negara, kos utiliti dan sebagainya lagi. Sepatutnya apabila gaji Anwar RM 1, maka gaji Rafizi hendaklah 50 sen kerana dia bekerja di bawah Anwar.
Di waktu pemerintahan BN tidak wujud penasihat ekonomi seperti seperti kerajaan sekarang. Selangor tetap maju dan terus maju serta mencatatkan pertumbuhan ekonomi serta pelaburan yang memberangsangkan setiap tahun. Manakala pemerintahan kerajaan hari ini yang dinasihat oleh penasihat ekonomi Selangor semakin hari semakin teruk. Pelaburan dan pendapatan merosot, jalan-jalan raya rosak teruk, sampah tidak terangkat dan sebagainya.
Jawatan penasihat ekonomi serta pejabat penasihat ekonomi Selangor sengaja diwujudkan untuk menempatkan kroni-kroni PKR bagi mereka mendapat gaji dari kerajaan negeri dan melakukan kerja-kerja parti. Rafizi sendiri ada kalanya sampai berminggu-minggu tidak masuk pejabat atau melakukan apa-apa kerja , sebaliknya masa beliau dihabiskan di pejabat PKR di Damansara.
Mengikut pemberi maklumat, Rafizi hanya akan masuk pejabat apabila ada kontraktor-kontraktor hendak menghantar kerja atau cadangan. Amalan kerajaan negeri hari ini , jika ada mana-mana pihak atau syarikat yang ingin menghantar cadangan projek, kertas berkenaan perlu dihantar ke Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan akan disemak oleh Rafizi terlebih dahulu. Sekiranya pihak berkenaan setuju memberi 10 % kepada Rafizi atas nama sumbangan dana pilihanraya PKR , maka kertas tersebut akan diangkat kepada Anwar Ibrahim untuk kelulusan sebelum dihantar kepada Kerajaan Negeri.
Jika tidak mendapat pendapatan atau kemudahan melebihi dari tempat lama beliau bekerja, adakah anda fikir Rafizi sanggup tinggalkan kerja lamanya semata-mata untuk bekerja dengan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor atas nama hendak berkhidmat kepada rakyat Selangor ?
Dalam wawancara dengan malaysiakini minggu lepas, Rafizi berkata gajinya kecil dan tinggal di rumah biasa. Walhal gaji puluhan ribu sebulan dan tinggal di kondominium di kawasan elit
Salam tuan,
ReplyDeletemohon dilinkkan juga blog saya.
www.riziqin.blogspot.com
saya dah berbuat demikian.