Semalam MyMassa ada keluarkan artikel mengenai kenyataan Guan Eng di Sini.
Hari ini MyMassa nak sambung sikit. Ingatkah pembaca betapa marah dan mengamuknya Guan Eng bila anaknya menjadi mangsa politik?
Kali ini Guan Eng pula memangsakan isteri pihak lawan yang juga bukan ahli politik seperti anaknya. MyMassa ulang kenyataan Guan Eng dalam Malaysiakini.
Gan Eng berang anaknya dijadikan mangsa politik
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog pro-Umno yang cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.
Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.
“Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional,” kata Lim.
Isteri PM bukan seperti isteri Guan Eng yang juga ahli politik. Ahli politik memang menjadi tabiat mereka untuk menyerang pihak lawan. Tetapi tidak gentleman jika ahli politik menyerang keluarga pihak lawan yang langsung tiada kaitan dengan politik.
Tambahan pula, Datin Seri Rosmah walaupun bukan ahli politik, dia juga bukan memegang jawatan dalam GLC. Cuba lihat siapa yang MyMassa maksudkan.
Isteri kepada PM Singapura adalah CEO kepada GLC antara paling besar di Singapura iaitu Temasek Holdings.
Bila MyMassa perasan perkara ini, MyMassa nampak bahawa amalan kronisme dalam PAP telah dihalalkan bila mereka memerintah. Isteri Perdana Menteri Singapura (PM yang menerima gaji paling tinggi di dunia) pula menjawat jawatan yang juga menawarkan gaji lumayan. Seperti tiada rakyat Singapura lain yang bijak-bijak selain dari keluarga Lee Kuan Yew.
Apa yang berlaku di Singapura sama seperti di Malaysia. DAP yang merupakan anak kandung PAP melantik ahli keluarga Lim Kit Siang dan Karpal Singh sebagai pemimpin parti dan calon pilihan raya. Tidak ada calon lain dalam DAP yang lebih berkarisma sehingga 'amalan kronisme' dihalalkan?
Jika diteliti dalam pakatan pembangkang, hanya PAS sahaja yang tidak ketara amalan kronismenya dalam parti. Jika dilihat dalam PKR lagi teruk. Satu parti yang berketua umumkan Anwar Ibrahim, berpresidenkan istenya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah sebagai Naib Presiden. Tidak hairanlah jika PKR dan DAP memerintah, Petronas mungkin akan diserahkan kepada menantu Anwar (suami Izzah) sebagaimana yang dilakukan oleh PAP di Singapura. Amalan ini sebenarnya telah didahului oleh Nik Aziz bila dia melantik menantunya, Arif Fahmi sebagai CEO PMBK.
MyMassa tegaskan sekali lagi bahawa Datin Seri Rosmah bukanlah orang yang berkepentingan dalam politik (seperti keluarga Anwar, Lim dan Karpal) mahupun orang yang menguruskan GLC seperti isteri PM Singapura dan Arif Fahmi. Beliau hanya isteri PM yang banyak melibatkan aktiviti sosial terutamanya dalam badan kebajikan. Adakalanya beliau dijemput untuk merasmikan majlis makan malam seperti mana yang dilakukan oleh PERKASA.
Namun apa yang pembangkang lakukan terhadap Datin Seri Rosmah adalah sesuatu yang amat melampaui batas. Lim Guan Eng pandai bercakap bila anaknya sendiri menjadi mangsa pihak lawan tetapi dia sendiri melakukan perkara yang sama bila berpeluang. Benarlah Lim Guan Eng seorang yang cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap.
*Dalam diam tak diam, Khalid Ibrahim telah lantik ahli keluarganya menjadi pegawai kanan Yayasan Selangor. Itu maklumat yang MyMassa masih simpan. Sebab itulah isu Yayasan Selangor sampai sekarang tak selesa. Siapa kata pakatan pembangkang bersih dari amalan kronisme?
SUMBER MyMassa
MTK
Eh lu guan eng manyak cilaka punya olang..sapa yang cakap tak selupa bikin?lidah bewak punya olang!!!
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda