Thursday, 16 February 2012
PANAS !!! SELAMAT PENGANTIN BARU YB PAJERO HENJUT HENJUT??
Pada bab pertama Tukang Screw ada menyatakan kisah seorang YB yang dipaksa mengahwini seorang wanita selepas ditangkap berdua-duaan di dalam sebuah kenderaan di sebuah pusat rekreasi di Kuala Krai. Tukang Screw ada menemui beberapa penduduk tempatan yang terlibat dalam insiden tersebut dan telah memberitahu bahawa insiden tersebut berlaku dalam sebuah kenderaan Pajero bernombor pendaftaran WF_ 9019. Apa yang membuatkan penduduk terlibat berasa curiga kerana waktu tersebut telah menghampiri waktu Maghrib dan Pajero tersebut bergoyang tanpa sebab walaupun tiada gempa bumi berlaku. Kerana mengesyaki kemungkinan perkara tidak diingini berlaku maka penduduk berkenaan telah menuju ke kenderaan tersebut dan mendapati YB dan pasangannya berada dalam kenderaan tersebut. Di sini Tukang Screw ingin nyatakan bahawa tidak berlaku sebarang perlakuan tidak diingini hanya mereka berdua-duaan tanpa kehadiran orang ketiga dan kalau ada orang ketiga ialah SYAITAN! Dalam keadaan tersebut walaupun apa alasan baik yang diberikan pasti akan menimbulkan fitnah.
Perkara tersebut diketahui oleh bapa saudara pasangan wanita YB tersebut yang bernama Ismail. Ismail telah berjumpa YB tersebut dan mendesak supaya mengahwini anak buahnya atau beliau akan mendedahkan perkara tersebut kepada umum. Berita tentang kejadian ini akhirnya sampai juga ke pengetahuan isteri YB bernama Fatimah yang mengambil inisiatif berjumpa sendiri bapa wanita tersebut bagi urusan pernikahan suami kesayangannya yang telah membuat onar di belakangnya.
Akhirnya pasangan khalwat ini bernikah dengan diwalikan oleh bapa wanita itu sendiri itupun diadakan di luar mukim. Selamat berbahagia YB, selain menjaga isteri kedua jangan lupa jaga kawasan. Perkara baik sebegini perlu diumumkan dan Tukang Screw cadangkan supaya YB mengadakan kenduri bagi meraikan perkahwinan kedua ini supaya tidak timbul fitnah. Tukang Screw juga sentiasa menunggu kad jemputan daripada YB Arifabillah@Mohd Asri Ibrahim. Benda baik jangan nak dimalukan ye.
SUMBER KLIK SINI
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda