Monday, 20 February 2012

PANAS!! PERJUANGAN PAS YANG WAJIB DI TOLAK!!!




FASAL 82 (FASAL 75 - lama) Tatatertib PAS
(1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.

PAS selama ini kononnya membawa dasar-dasar Islam di dalam Perlembagaan partinya, mengajak rakyat mengikuti sunnah-sunnah Rasullah dan Al-quran. ianya satu yang dakyah pembohongan yang nyata.

Jika ianya adalah PAS yang lama, Mc memang akur tetapi dengan melihat budaya PAS yang baru, nampak gayanya sudah jauh dari perjuangan asal penubuhan parti itu. Cercaan dan makian adalah makanan harian kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS. Itukah ajaran Islam yang sebenarnya?

Apakah tujuan utama PAS ditubuhkan?

Fasal 5. Tujuan PAS ialah:


(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.


(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Sedangkan tujuan sebenar PAS ditubuhkan pun sudah terpesong dari matlamat asalnya. Memperjuangkan wujudnya sebuah masyarakat dan pemerintahan cara Islam dan mempertahankan kesucian Islam? Dimanakah PAS bilamana nama Allah digadaikan kepada golongan Kristian? Dimanakah ketegasan PAS dalam menubuhkan Kerajaan Islam yang dicanang ke seluruh pelusuk negara?


Fasal 6. Usaha-Usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.




(11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Mengikut Fasal 6 Perlembagaan PAS ialah menyeru manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah Rasul dan melakukan apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-undang Negara. MKT berasa satu jenaka pula bila terbaca Fasal dalam Perlembagaan PAS ini. Kerana selama ini mereka menyeru manusia dengan cara yang paling kotor iaitu dengan memaki dan mencerca UMNO/BN. Mereka juga mengengkari batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara dengan menyertai demonstrasi haram seperti BERSIH 2.0 dan Bebaskan Anwar 901. Jadi dimakah relevanya PAS ini sedangkan Perlembagaan yang mereka ciptakan pun mereka tidak patuhinya. Inikan pula dengan hukum-hukum didalam Al-Quran dan Sunnah?

Fikir-fikirkanlah wahai rakan-rakanku....

Artikel asal dari Melayu Kedah Terakhir

1 comment:

  1. Aku dah keluar lama dah, sebaik baik sahaja dia bersekongkol dengan DAP dan PKR aku terus mengucapkan sayonara .. hai hai bye bye

    Walaupun aku tak masuk umno, namun aku terpaksa membantu umno untuk menang demi Ugama, Bangsa dan Negara

    Aku tidak rela kaum cina dan india yang menyembah berhala berada di dalam golongan pimpinan yang membuat dasar negara ..

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda