Wednesday, 1 February 2012

PANAS!!! NIK NAZMI TIDAK AKAN PERCAYA DENGAN KENYATAAN INI?!!

Assalamualaikum...
Selama ini juak-juak Pakatan Rakyat menjaja isu
penyalahgunaan wang zakat yang digunakan
untuk tujuan pembayaran kos guaman oleh salah
seorang Menteri dan Pegawai Atasan sebuah Majlis
Agama. Pelbagai tohmahan telah dilemparkan
kepada UMNO dan Menteri tersebut. Hinggakan
boleh digambarkan menggamatkan seluruh negara
akibat gendang fitnah oleh Pakatan
Pembangkang.

Hari ini, MKT hendak merujuk satu pandangan dari
Sheikhul Islam yang selama ini menjadi rujukan
juak-juak PR bila hendak melepaskan diri. MKT
hendak tengok samada berani atau tidak juak-juak
ini mengatakan ianya adalah fitnah ataupun tidak.
Tetapi MKT dapat pastikan juak-juak ini akan tetap
akan menafikan kenyataan ini walaupun keluar
dari mulut Sheikhul Islam pujaan mereka sendiri.

Pandangan Sheikh Yusof Qardhawi berhubung
hukum meminjam wang zakat, perlu difahami
kedudukan wang zakat yang diberikan kepada
yang layak. Zakat adalah pemberian kepada
mereka yang layak. Terdapat 8 kategori manusia
yang layak mendapat zakat dan salah satunya
ialah al-Gharimeen. Al-Gharimeen bermaksud
orang-orang yang menanggung hutang. Mereka
layak menerima zakat jika tidak mampu
membayar hutang tersebut.

Justeru, mereka yang menerima zakat termasuk al-
Gharimeen, tidak perlu membayar balik wang
zakat yang diterima kerana zakat adalah
pemberian, bukan pinjaman. Jika demikian,
tidakkah seseorang yang memerlukan, lebih utama
dianggap tidak layak menerima zakat atas nama
pinjaman?

Ini adalah kerana wang zakat yang diterimanya
atas nama pinjaman itu akan dibayar balik. Tidak
seperti al-Gharimeen tadi. Mereka tidak perlu
membayar balik zakat yang diterima.

Logiknya jika al-Gharimeen layak menerima zakat
sedangkan mereka tidak perlu membayar balik,
apatah lagi orang-orang yang memerlukannya?
Sudah tentunya mereka yang lebih layak
menerima zakat kerana mereka akan membayar
balik wang zakat yang dipinjam.

Rujukan al-Allamah Yusuf al-Qardhawi

MKT

1 comment:

  1. Apalah bodoh piang hang ni???Itulah...jangan makan duit rasuah....kan dah biol...hang duduk kedah kan?...aku rasa hang pi Danok lagi baik...

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda