Friday, 24 February 2012
PANAS!!! LAGI PENIAGA DI TINDAS OLEH PAS KEDAH??!!
Kira-kira 30 peniaga di Taman PKNK di sini menyuarakan kebimbangan apabila Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mahu mengambil tindakan meroboh gerai mereka yang berusia 23 tahun pada bila-bila masa.
Wakil peniaga Amir Zulkifli, 52, berkata penguatkuasa MBAS memberikan notis meminta mereka merobohkan khemah yang dipasang di gerai mereka pada 16 Februari lalu dan meminta peniaga menggunakan roda tiga dan payung mengikut lesen yang dipohon.
Amir berkata, penggunaan roda tiga seperti penjaja tidak lagi sesuai berikutan peredaran masa dan faktor cuaca yang tidak menentu selain turut menyusahkan peniaga untuk mengangkut dan memunggah barang apabila selesai berniaga.
“Saya mohon kepada MBAS supaya tidak merobohkan gerai kami dan mencari satu tindakan alternatif bagi membolehkan kami berniaga di kawasan ini seperti biasa,” katanya ketika ditemui di sini, lewat petang semalam.
Amir berkata, rata-rata peniaga yang tinggal di sekitar kawasan ini hanya bergantung kepada hasil perniagaan itu untuk menyara kehidupan keluarga sejak 23 tahun lalu. – BERNAMA
MTK
HEBAT KAN PAS NI,DULU SEBELUM BERKUASA MACAM2 HAMPA JANJI KAT RAKYAT NAK BANTU..LAST LAST TEMPAT ORANG CARI MAKAN PUN HAMPA NAK ROBOH..MACAM NI KA PEMERINTAHAN KEBAJIKAN CARA PAS??
sebelum dapat kuasa bermacam macam janji konon akan tadbir dengan lebih baik dari UMNO/BN ...tetapi setelah dapat kuasa hilang segala janji dan slogan mereka kononnya kebajikan untuk rakyat....
ReplyDelete