Saturday, 4 February 2012
Panas!! AZMIN ALI AKAN TERSUNGKUR DI BUKIT ANTARABANGSA??!!
Nah!! ambik hang Azmin,penduduk bukit antara bangsa pun dan tak mau dekat hang..depa mintak calon baru ganti tempat hang..depa dah menyesal undi hang dan parti kencing rakyat..Sembang ja hebat.Kawasan sendiri tak jaga,duk sebok jaga Anwar.
Petikan dari blog CTS
Penduduk Bukit Antarabangsa sudah memulakan protes mereka secara terbuka. Mereka tidak lagi melindungi api kemarahan di dalam diri mereka. Penduduk-penduduk di DUN Bukit Antarabangsa secara amnya golongan yang terpelajar dan berkedudukan. Mereka tidak boleh dimomokkan dengan cerita-cerita politik murahan atau ceramah-ceramah kosong. Mereka juga bukan golongan yang boleh ditabur dengan habuan wang ringgit. Apa yang mereka perlukan adalah Wakil Rakyat yang boleh berkhidmat kepada mereka. Wakil Rakyat yang ada sekarang, YB Azmin Ali gagal menepati kehendak dan impian mereka.
CTS teringat kata-kata Pakcik CTS yang tinggal di Bukit Antarabangsa. Sekiranya UMNO dan BN mahu merampas kerusi DUN berkenaan, letakkanlah calon yang bersih yang boleh berkhidmat dengan Rakyat 24/7, Wakil Rakyat yang tidak sombong dan bongkak dan Wakil Rakyat yang mudah mereka temui sekiranya ada masalah berbangkit. Wakil Rakyat sekarang tidak boleh pakai. Asyik tak nampak muka waktu mereka memerlukannya. Hanya timbul sejak beberapa bulan ini. Al maklumlah PRU13 sudah dekat. CTS hanya menyampaikan rasa hati akar umbi. Rakyat sudah menunjukkan protes di DUN Bukit Antarabangsa. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, UMNO dan BN jangan mengulangi kesilapan yang sama.
Apa kata YB Azmin Ali? Ini semua kerja juak-juak UMNO untuk memburuk-burukkannya. UMNO jugak yang salah! Haha.
Allah melarang umat Islam mengamal homoseks.Apakah kita harus mengundi orang2 yang menentang hukum Allah.
ReplyDelete