Monday, 30 January 2012

TUDIAA!! INGATKAN ANWAR SORANG SAJA PANDAI BERLAKON,HADI AWANG PUN SAMA NAIK JUGAK??









Hadi Awang sebenarnya sedang melakukan 'test market' untuk melihat dirinya tu masih berguna atau tidak kepada Pas dan Pakatan Rakyat.


Sebab, akhir-akhir ini, ramai diantara kita yang melihat bahawa presiden Pas itu bagai sudah hilang pengaruhnya.


Pas lemah ditangan Hadi Awang..


Dalam kedudukan hiraki Pakatan juga, Pas merupakan parti ketiga, yang boleh kita panggil parti 'kuli' kerana setiap kali pilihanraya diadakan, hanya jentera Pas sahaja yang kita lihat terhegeh-hegeh menjadi 'kuli' berkempen untuk Pakatan, sedangkan Dap dan Pkr, hanya membuat kerja-kerja terpilih semata.


Disebabkan itu, Hadi Awang cuba 'mengacah' untuk tidak bertanding dalam PRU kelak.




Mana logik seorang Presiden parti, tidak mahu bertanding dalam pilihanraya. Umpama, seorang Panglima Perang, yang tarik diri sewaktu perang sebenar bermula. Baik beliau letak saja jawatan sebagai seorang Presiden, jika beliau tidak mahu menjadi calon.


Pas kritikal sekarang, ditambah dengan isu-isu terbaru, Pas kelihatan lemah sekali. Terbaru dinafikan sebagai exco agama di Selangor merupakan tamparan hebat kepada Hadi Awang.


Mungkin sebab itu, Hadi cuba 'berdrama' untuk tidak bertanding, dengan harapan ramai yang memujuknya untuk bertanding semula.


Alaa.. ini semua drama, lakonan politik. Anwar pulak dah mula pujuk si Hadi.. lepas ni akan ramai lagi, beruk-beruk Pakatan dan Pas yang cuba memujuk Hadi.


Akhirnya Hadi Awang, pula akan bersetuju untuk tarik balik kenyataan bahawa beliau tidak mahu bertanding dan akan bertanding pada PRU yang akan datang.


Kalau tak percaya tengoklah.. itulah skrip test power orang kecewa. he he..


Tapi rasanya patut kalau Hadi tak bertanding pun, sebab, Pas tidak bermaya ditangan Hadi, Pas semakin teruk dan songsang dari perjalanan perjuangannya sebenar.. Pas perlu ada seorang pemimpin yang tegas dan berani untuk memperjuangkan dasar sebenar Pas. Bukan pemimpin lalang seperti Hadi.


Tapi lebih baik Hadi dari Mat Sabu.. heh..


KEDAH KE KL


MTK
SKRIP ORANG DULU DULU,DAH DAPAT DI BACA

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda