Sunday, 22 January 2012
TUDIA!! UMNO KOLA KEDAH CARI PASAI DENGAN MASYARAKAT CINA??
Umno Kuala Kedah Agih 2,000 Kotak Limau Kepada Masyarakat Tionghua
ALOR SETAR, 22 Jan (Bernama) -- Umno Kuala Kedah mengagih-agihkan 2,000 kotak limau Mandarin kepada masyarakat Tionghua melalui program tahunannya sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut esok.
Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri merangkap ketua Umno Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah 'turun padang' mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah menyerahkan 'lapan biji limau' yang dibungkus sebagai simbolik untukmemeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.
"Sehingga kini saya telah pergi lebih 5,000 buah rumah selain mengagihkannya kepada orang ramai di pasar-pasar malam dan peniaga-peniaga di Kuala Kedah serta pekan-pekan kecil," katanyakepada pemberita selepas menyerahkan 150 kotak limau kepada pasukan Bomba Sukarela Kota Sarang Semut di sini, malam tadi.
Katanya program pengagihan buah lima itu telah dimulakan sejak dua minggu lepas.
Hari ini, Latt Shariman yang juga Penyelaras Parlimen Kuala Kedah meneruskan program penyampaian buah limau kepada masyarakat Cina di taman-taman perumahan di Kuala Kedah.
MTK
selamat tahun baru cina buat masyarakat tionghua di kola kedah!!
bila raya kita, MCA ka, Gerakan ka, tak dak la plak mai bagi ketupat ngan duit raya kat org kita kan .... hmmm ....
ReplyDeleteMemberi itu lebih baik daripada menerima.
ReplyDeleteteruskan usahamu dato latt :)
ReplyDeleteyang kenduri rakyat masa raya sampai sebulan tiap-tiap minggutu apa dia..? lembu qorban bagi orang miskin 58 ekoqtu apa dia..? zakat yang agih sampai 5000 orangtu apa dia..?
ReplyDeletetu la penyakit'mim'. yang dapat kat orang dia nak jugak, yang dapat pada dia tak sedaq walaupun yang dapat tu banyak, yang dapat kat orang, oren 30kupang sebijipun kalut sekampong..
teruskan tok latt!