Sunday, 8 January 2012

TERPANAS DI ALOR STAR!! MINI DANOK SUDAH BERADA DI BANDARAYA INI



Inikah Tiger Show versi Kedah?

Ditengah-tengah isu panas Madrasah Salihiah rupa-rupanya Kerajaan PAS Kedah cuba mengalihkan satu isu besar ditengah-tengah pusat perniagaan bangsa Cina di Jalan Putra. Isu pusat-pusat hiburan yang semakin lama semakin hebat memecah keheningan malam Bandaraya Alor Setar.

MKT telah membuat tinjauan malam di sekitar Jalan Pintu Sepuluh dan telah melihat pelbagai jenis perniagaan yang keseluruhannya adalah dari modal bangsa Cina. Termasuk juga pusat-pusat hiburan di sekitarnya. Penjualan arak berleluasa, pusat karaoke yang bertaburan. Entah ianya haram atau pun halal MKT tidak tahu.




Penjualan arak berleluasa
di Kedah
Tetapi yang pastinya dengan kepelbagaian pusat-pusat hiburan sebegitu adakah tidak mustahil ianya akan menular ke Kompleks Tunku Yaakob yang bakal dibina itu?



Adakah tidak mustahil juga mejelang tengah malam, premis-premis hiburan telah menganjurkan TIGER SHOW versi Kedah dimana para penguatkuasa sedang dilamun mimpi.

Pastinya ia akan menjadi mimpi ngeri para-para pemimpin PAS Negeri jika hal ini diwar-warkan.

Adakah demi sekeping undi dari bangsa Cina, PAS sanggup menggadai Agama dan Bangsa? Demi hendak menduduki kerusi empuk MB dan Exco maka perkara ini dipandang dengan sebelah mata sahaja.

Selalunya PAS cukup sinonim dengan mempertahankan Islam tetapi MKT nampak ianya sudah berlainan dari yang dicanangnya. Melalui kajian MKT PAS sebenarnya cukup mantap meperjuangkan Islam semasa didalam barisan pembangkang tetapi sayangnya apabila diberi amanah membentuk Kerajaan, PAS sudah menjual agama dengan dunia demi undi.

Sanggupkah saudara sekalian melihat keruntuhan Madrasah Salihiah dan digantikan dengan pusat hiburan?

HAMPA TAU MANA CERITA NI..AKU XTAU PUN



TEPUK DADA TANYALAH IMAN

MTK
PAS MEMBANGUN BERSAMA MAKSIAT

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda