Monday, 2 January 2012
PANAS !! SIFUTDIN JELES DENGAN RAJA PETRA
SHAH ALAM, 2 JAN : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution membidas media arus perdana yang bingkas memetik dan memperbesarkan kenyataan yang dibuat blogger sensasi, raja Petra Kamaruddin bersabit tuduhan liwat terhadap Ketua Umum PKR.
Raja Petra semalam mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukan lagi pilihan rakyat Malaysia, antaranya kerana mempunyai isu moral.
Malah beliau turut menyifatkan Anwar sebagai tidak berkemampuan untuk menjadi penasihat ekonomi Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.
"Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.
"Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi perdana menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh," katanya ketika ditemubual wartawan portal Malaysiakini.
Saifuddin menegaskan, apa jua kenyataan yang dibuat oleh Raja Petra, rakyat Malaysia seharusnya tidak lupa bahawa blogger itu adalah antara individu yang lantang mempertahankan Anwar sebaik sahaja tokoh politik itu dilucutkan jawatannya pada tahun 1998.
Pendiriannya juga cenderung kepada pakatan pembangkang, namun nadanya mula berubah rentak apabila anak lelakinya ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan mencuri.
Saifuddin juga berkata, kreadibiliti Raja Petra juga dipertikai apabila dia bertindak menarik balik akuan bersumpah bahawa Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan warga monggolia, Atantuya Sharibbu.
Saifuddin juga menolak tuduhan beberapa pihak yang mengatakan himpunan penyokong PKR pada 9 Januari depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mencetuskan huru- hara.
"Harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat. Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya.
"Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota Parti KEADILAN Rakyat bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara," tegasnya.
Beliau sebaliknya menunding jari kepada seteru politiknya (Umno BN) bahawa merekalah yang sering mencetuskan provokasi yang membawa kepada suasana tegang sebelum ini.
"Saya dapat menjangka bahawa Umno sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut.
"Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong Parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap UMNO dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita," katanya.
PKR sebelum ini mengajak penyokongnya agar hadir dimahkamah sewaktu keputusan perbicaraan Anwar dibacakan pada 9 Januari ini.
SUMBER ANTARA POS
MTK
ABANG MUKA KETAT
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda