ANWAR DI SUPPORT OLEH MAHASEWEL,SAIFUL BUKHARI DI SUPPORT AYAHANDA |
Satu perhimpunan dikenali “Himpun Keadilan Untuk Saiful” dicadang diadakan di perkarangan Kompleks Mahkamah di sini Isnin ini.
Perhimpunan anjuran Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dikatakan bagi membela Mohd. Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.
Setiausaha Agung Permas, Zulkifly Shariff, berkata, Permas menyasarkan 5,000 ahli akan menyertai perhimpunan itu.
"Mereka telah sedia maklum bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat kita dan sekiranya mereka tetap untuk meneruskan perhimpunan tersebut, mereka perlu berdepan dengan Permas dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zulkifly berkata, Permas akan mendapatkan permit polis bagi mengadakan perhimpunan itu yang akan melibatkan 15 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah naungan Permas, antaranya Putra Malaysia, Pertubuhan Panel Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (Papim), Persatuan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) dan Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang
MTK
JOM SUPPORT KEADILAN BUAT SAIFUL
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda