Tuesday, 3 January 2012
PANAS !!! DALAM PENJARA PUN MASIH ADA HATI NAK JADI PM??
SHAH ALAM, 3 JAN : Dalam apa yang dilihat sebagai cubaan untuk meraih simpati dan sokongan rakyat menjelang keputusan perbicaraan liwatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa rakyat terus bersama pembangkang sekali pun beliau dikenakan hukuman penjara.
Anwar menegaskan persoalan sama ada beliau ada di dalam penjara atau di luar tidak penting “sekiranya rakyat dan Pakatan masih utuh memilih beliau menggalas jawatan Perdana Menteri,” lapor TVSelangor.
Wawancara dengan portal milik kerajaan Negeri Selangor itu diuar-uarkan sebagai amanat “terakhir” Anwar kepada rakyat sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan keputusan bersabit kes liwatnya Isnin depan.
Anwar boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika disabit kesalahan liwat untuk kali kedua.
Namun menurut seorang peguam, sekalipun disabit kesalahan dan dihukum penjara, mahkamah boleh memberi Anwar pengecualian daripada menjalankan hukuman sehingga rayuannya di putuskan di Mahkamah Rayuan dan kemudiannya di Mahkamah Persekutuan.
Proses rayuan boleh mengambil masa berbulan-bulan.
Dalam wawancara itu, Anwar memberi amaran bahawa Barisan Nasional (BN) silap sekiranya berfikir bahawa mereka “selamat” dengan memenjarakan beliau.
"Keutamaan adalah memenangkan Pakatan Rakyat (PR), perbincangan apa terjadi kepada Anwar adalah perkara kedua,"katanya.
Dalam pada itu, beliau penuh yakin bahawa gagasan Pakatan Rakyat akan menduduki Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.
Anwar menafikan beliau meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara dan menyifatkannya sebagai konspirasi politik kedua untuk menjatuhkannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan itu dan berkata tuduhan liwat yang oleh Saiful adalah isu peribadi antara Anwar dan bekas pembantunya itu
MTK
DALAM PENJARA PUN ADA HATI LAGI NAK JADI PM KE??SUDAH SUDAH LAH ANWAR OII,JANGAN HERET RAKYAT KE MASALAH PERIBADI TU.TAK PAYAH NAK TAGIH SIMPATI,MASA MAIN PANDAI LAK SORANG2,BILA DAH KANTOI NAK HERET RAKYAT PULAK.
RAKYAT BUKAN BODOH MACAM MAHASEWEL ANJING BELAAN PR TU.
AKHIR KATA,DUDUK LAH DALAM PENJARAJAYA TU DENGAN AMAN.
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda