Tuesday, 24 January 2012
KASI PANAS!! TOK BASHAH KATA ORANG YANG UGUT TAK ADA TELOQ!!
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah.
Sambil menyifatkan orang yang membuat panggilan berkenaan sebagai pengecut dan dayus beliau berkata panggilan itu sengaja dibuat bagi menakutkan petugas pusat khidmat beliau dan menjatuhkan semangat ahli UMNO Kedah.
"Namun kita tidak gentar dengan sebarang ugutan. Malahan saya yakin ugutan ini tidak akan berhenti tetapi akan berlaku lagi pada masa akan datang terutama kita semakin hampir dengan pilihan raya umum".
"Awal bulan ini berlaku tindakan menconteng bangunan UMNO Negeri Kedah dan sekarang ugutan terhadap pusat khidmat saya. Kita tidak gentar malahan akan terus mengiatkan usaha menawan kembali Kedah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti MCA Kedah, di sini, malam ini.
Beliau mengulas mengenai panggilan palsu mengenai ada orang meletak bom di pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bakar Bata pada petang ini. Selepas siasatan polis, tidak dijumpai sebarang bahan berbahaya.
Awal bulan ini Bangunan Tunku di Jalan Tunku Ibrahim yang menempatkan Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah diconteng dengan tulisan yang mencerca pemimpin negara serta menghina UMNO dengan perkataan yang kesat.
Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata selama empat penggal berkata ini adalah pengalaman pertama beliau menghadapi panggilan ugutan sebegitu sejak menglibatkan diri dalam politik.
"Tidak perlu jadi pengecut dengan membuat tindakan begitu, dalam politik kita berlawan secara berhadapan dengan memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat," katanya tanpa mahu menuduh pihak tertentu yang melakukan perbuatan berkenaan.
Beliau berkata biar polis menjalankan siasatan serta menahan mereka yang melakukan perbuatan itu.
"Pada kita, perbuatan itu amat serius kerana ia mengancam keselamatan petugas pusat khidmat saya," katanya, yang kemudian bertemu polis yang menjalankan siasatan di pusat khidmat berkenaan.
Portal Umno Kedah
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda