Tuesday, 3 January 2012

KASI PANAS!!! KAK JAT CABAR POK NIK LETAK JAWATAN??

AMBO PUN ADA MERCEDES JUGAK

Pemimpin-pemimpin pembangkang dicabar supaya mendesak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan dan bertanggungjawab dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman berhubung dakwaan penyelewengan.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, kegagalan pembangkang melakukan perkara itu membuktikan mereka bersikap pilih kasih dalam isu berkenaan.

Katanya, ia dibuktikan apabila pembangkang memperbesar-besarkan isu berkaitan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) sehingga sanggup mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan.

“Saya cabar Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk mendesak Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

“Jika dalam kes Shahrizat mereka begitu lantang mendesaknya meletak jawatan, maka mereka juga perlu berbuat perkara sama ke atas Nik Aziz,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan iaitu Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) dan Gerakan Selamatkan Kelantan (Gasak) mempersoalkan kenapa sehingga sekarang tiada tindakan diambil SPRM berhubung siasatan terhadap Ariffahmi yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).




MTK
APA MACAM POK NIK?DEMO ADA TELUR KA XDAK TELUR NAK LETAK JAWATAN??

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda