Wednesday, 11 January 2012

KASI PANAS !!! DEYY ANWAR,LU JANGAN BAGI MALU SAMA SAYA???


Karpal sangkal dakwaan Anwar konon kerajaan bimbang

Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menyangkal dakwaan anak guamnya yang menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam ada kaitan dengan kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia.

Sebaliknya Pengerusi DAP itu menegaskan, ia adalah keputusan badan kehakiman berdasarkan bukti serta kandungan perbicaraan sepenuhnya.

"Tidak, ia (keputusan) tiada sebarang kaitan dengan kebimbangan kerajaan seperti yang didakwa oleh Anwar," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Anwar dalam satu temuramah dengan agensi berita asing AFP mengaitkan keputusan mahkamah itu ekoran kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia sekiranya beliau didapati bersalah.



Mahkamah Tinggi di sini semalam membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kerana tidak cukup bukti.

Karpal berkata, keputusan badan kehakiman dan kebimbangan kerajaan adalah dua perkara berbeza.

Dalam perkembangan berasingan, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mencadangkan kepada DAP supaya mengehadkan calon parti itu bertanding hanya satu kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Menurut beliau, selain membuka peluang kepada calon baru, ia juga bagi memastikan calon yang diberi kepercayaan itu fokus serta memberi perhatian sepenuhnya terhadap kawasan masing-masing.

Ditanya sama ada beliau akan memanjangkan cadangan itu kepada parti pakatan lain, Karpal berkata, beliau tidak tidak mahu mencampuri urusan parti lain-utusan

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda