Monday, 26 December 2011

PANAS !! PAS KEDAH TUKAR SLOGAN BARU "MADRASAH DIROBOHKAN MAKSIAT DIUTAMAKAN"





PENDANG 25 Dis. – Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.

Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.


SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH KANCHUT



MTK
DAH LA PUAK HARAMJADAH NI MASJID PUN TAK BUAT,SURAU YG 100 TAHUN TU NAK DIROBOHKAN PULAK..MEMANG CALAKO LA PUAK PAS NI..BUTA PERUT..

3 comments:

  1. gegegegereeeeeeeee...... adess.... banyak masjid depa p namun nak bina satu tarak.. masih ada hati nak merobohkan... zizan kan suka temberang... gegegegreeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. INILAH PUAK PAS YANG HATI DAN MATA MEREKA TELAH DIBUTAKAN OLIH DAJJAL LAKNATULLAH ANWAR ALJUBURI. PRU13 MELIHAT PUAK PARTI AJARAN SESAT INI AKIAN BERKUBUR BUAT SELAMANYA..

    ReplyDelete
  3. LIHATLAH BETAPA PEMIMPIN PAS BUKAN MANUSIA ZUHUD SEPERTI YANG MEREKA WAR WARKAN. LIHAT SAHAJA KERETA YANG MEREKA GUNAKAN...WAH WAH...SEMUANYA MERCEDES RATUSAN RIBU...
    DIAUSTRALIA PUN PMNYA HANYA GUNA KERETA "HOLDEN" BUATAN NEGARA SENDIRI.....WALHAL NEGARA MEREKA ANTARA 10 NEGARA TERKAYA DIDUNIA..

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda