Saturday, 31 December 2011
GEMPAR!! AHLI MCA KELUAR PARTI KERANA PROTES TERHADAP CSL
"Eng Hiap Boon dan anggotanya meletakkan semua jawatan dalam parti itu beramai-ramai semalam ekoran hilang kepercayaan kepada kepimpinan MCA dan BN.
Tindakan mereka mengakibatkan dua cawangan MCA di negeri itu dibubarkan.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.
Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas"
petikan daripada blog Keris 7 Lok
Keris dapat berita mengatakan akan ada beberapa cawangan MCA akan dibubarkan sekaligus ahli mereka akan keluar parti sebagai tanda tidak setuju dengan kepimpinan MCA Pusat dan MCA Pinang sendiri. Mereka ada membantah beberapa keputusan yang dilakukan oleh kepimpinan parti mereka. Masalah apa yang sedang berlaku akan Keris cuba bongkarkan.
Angin bertiup kencang tentang kawasan yang ingin keluar parti itu berada di DUN Batu Maung N37 yang juga merupakan kerusi UMNO, serta N35 Batu Uban dan N36 Pantai Jerejak. Sempat Keris hubungi beberapa orang rakan UMNO di Pulau Pinang dan mereka juga keliru mengapa ia terjadi sedangkan Penyelaras MCA Parlimen Bayan Baru di sana amat membantu dan sangat berjaya dalam mendekati rakyat.
Apakah punca sebenar mereka keluar parti? Apa kata Chua Soi Lek? Takkan DIAM je?. Isu hudud bukan main melompat! Jangan pandang kemelut ini sebagai suatu benda yang remeh!
Mengapa Keris sibuk?. Kerana Keris jentera Barisan Nasional dan mahu Barisan Nasional terus berbakti kepada rakyat!
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda