Thursday, 8 December 2011

AKHIRNYA !!!! NIK AJIS AKUI HANYA 1 MASJID DI BINA !!



RANTAU PANJANG 7 Dis. – Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di sini, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat.

"Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat,” katanya hari ini.

Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, Pas tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.

Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.

Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu. – BERNAMA


NIK AJIS OH NIK AJIS,20 TAHUN MU PEGANG KERUSI MB,BARU SEBUAH MASJID KE MU BINA??HOK ALOH GUANO NI NIK AJIS OI,MU KATO MU HEBAT NGAT BANGUNKAN KELATE..GUANO MASJID TEMPAT IBADAT BARU SEBUAH MU BINA..MU KATO PAS PERJUANGKAN ISLE SEJATI??SAMPAI MU HARAMKAN UMNO.UMNO NI ZALIM LA,KAKI JUDI LA,RASUAH LA,TAPI MU ADO KIRO DOK BAPE MASJID DAH UMNO BUAT BAGI KAT RAKYAT..ITU LAH BEZANYA UMNO DENGAN PAS NIK AJIS OI..

KALO MU NAK TAU UMNO NI LEBIH HEBAT DARI PAS.UMNO NI TAK BERMEGAH MEGAH MACAM PAS..UMNO TIDAK MEMPOLITIKKAN AGAMA UNTUK UNDI..MALAH UMNO TELAH LAKSANAKAN PERJUANGAN ISLAM LEBIH ADIL,BIJAKSANA DARI PAS.PAS KELANTAN HANYA LEBIH SUKA BUAT PATUNG BERHALA BESAR BESAR,SEBAB NAK TARIK UNDI BUKAN MELAYU,BIASALAH NIK AJIS KAN DAH TAHAP DEWA BAGI PENGANUT BUDHA..

APA APA PUN SYABAS LA YE POK NIK..PRU NANTI TANDING LA LAGI JADI CALON

MTK
PAS HANCURR

1 comment:

  1. salam seperjuangan dari Sarawk..mohon tuan link blog saya..http://theunreportednews.blogspot.com/ tq.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda