Sunday 1 September 2013

RUU ANTI SYIAH !!! PENJELASAN KENAPA ADUN ADUN PAS TETAP PENDIRIAN SOKONG SYIAH !!! @MukhrizMahathir




Penjelasan tentang RUU kesalahan jenayah syariah (Kedah)

Klausa klausa yang diperbaharui dalam Rang undang undang kesalahan jenayah syariah (Kedah) 2013 yang berkait Hukum Syarak ialah Pemujaan Salah, Doktrin palsu, Pendapat yang bertentangan dengan fatwa, Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak, dan lain lain.

Dan dalam tafsiran, "Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali. Seperti yang Datuk Mukhriz nyatakan dalam Sidang DUN, bahawa Syiah bukan mazhab, maka ianya bertentangan dgn Hukum Syarak.

Oleh itu, walaupun RUU itu tak sebut Syiah secara spesifik, Syiah tergolong antara fahaman yang melanggari Hukum Syarak. Maka sesiapa yang mengajar & mengembang doktrin Syiah melakukan suatu kesalahan & boleh dihukum seperti yang diperuntukkan dalam RUU tersebut.



Bab arak zina qazaf dan lain lain memang dah wujud dalam RUU lama malah telah berkuatkuasa dari dulu. Ketika zaman Pas pun mereka guna undang undang yang sama untuk kesalahan zina, arak, qazaf  dan lain lain.. Yang hairannya Pas tak pula nak perbetulkannya supaya lebih menepati "Hukum Allah" ..

Penasihat Undang-undang Negeri menjelaskan bahawa apabila satu enakmen itu hendak dipinda, kesemua enakmen yang dikuatkuasakan terdahulu perlu ditarik balik.

"Misalnya dalam enakmen yang asal dulu ada soal zina, liwat dan sebagainya ditarik balik, kemudian dimasukkan berkenaan fahaman yang bertentangan dengan ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Selepas itu, dimasukkan semula enakmen yang ditarik itu sebagai satu enakmen yang baru. Itu sebabnya ia nampak panjang, walhal fasal yang baru itu tidak banyak,"

Kalau sekarang Pas kata RUU yang dibawa untuk diluluskan dalam sidang DUN itu tak betul kenapa dulu tak pertikai?? RUU yang dibawa oleh Kerajaan BN mendapat tentangan hebat dari Ahmad Yahya kononnya RUU tersebut tidak mengikut syariat Islam..

Namun Otai Pas merangkap bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah Pahrolrazi berhujah mengatakan RUU itu adalah berkaitan hukum takzir dimana hukum tersebut boleh ditentukan perlaksanaannya oleh pihak berkuasa, sehingga Ahmad Yahya terkedu disekolahkan oleh bekas EXCO.

Untuk makluman semua, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ini mendapat kelulusan Dato Mufti terlebih dahulu sebelum dibawah kedalam Sidang DUN agar semua ADUN beragama Islam meluluskan RUU ini..

Tapi sayangnya Adun dari PAS menolak 100% RUU kerana bagi mereka hudud lebih penting.. Jika Adun Pas pertikaikan RUU ini tidak menepati syariat Islam, Dato Mufti orang pertama akan menegur dan minta ditukarkan sebab RUU ini melibatkan akidah umat Islam..

Jadi apa yang dipertikaikan oleh Ahmad Yahya dalam akhbar sinar tentang hukum zina, arak dan sebagainya itu hanya mahu menutup isu mereka menyokong Syiah...

1 comment:

Anonymous said...

aku setuju ...

lepas nie ambil tidakn keatas semua yang melanggar ruu nie....

jangan biar syiah bermaharaja lela.... mengkafirkan sahabat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive