Saturday 7 September 2013

PAS HILANG ARAH SELEPAS JADI KELDAI DAP




Kegagalan Pas dalam perjuangannya sebagai sebuah parti politik ialah meletakkan 'priority' atau keutamaannya.

Maksudnya agenda yang lebih penting didahulukan dan yang mana yang kurang penting, tidak perlu diketengahkan.

Sejak Pas bergabung bersama PKR dan Dap, keutamaan politiknya sudah menjadi caca marba.

Kalau dahulu penyokong Pas tahu matlamat unggul parti mereka ialah untuk menegakkan sebuah Negara Islam tetapi kini agenda tersebut sudah menjadi samar-samar atau dalam senario terburuk tidak wujud lagi.



Dulu "Membangun Bersama Islam" selain 'Daula Islamiah menjadi slogan Pas yang sering dilaungkan tetapi kini suara sedemikian tidak kedengaran lagi.

Yang ada hanyalah "Negara Kebajikan" setelah Pas bersekutu dalam Pakatan Rakyat.

"Negara Berkebajikan" jauh bezanya dengan "Negara Islam" kerana mewujudkan sebuah daulah atau kerajaan yang berlandaskan syariat adalah spesifik manakala konsep sekarang yang diperjuangkan Pas sudah jauh menyimpang dari tujuan asal.

"Negara Kebajikan" adalah hasil kompromi ang dipaksakan ke atas Pas oleh PKR dan Dap kerana kedua-dua sekutunya menentang sama sekali sebutan mengenai apa-apa usaha untuk menegakkan negara Islamiah apatah lagi menjadikannya agenda terpenting dalam kerangka politik pakatan pembangkang.

Sebab itulah dalam "Common Platform Framework" atau Kerangka Persetujuan Bersama antara Pas, PKR, Dap tidak disebutkan disebut atau dirujuk langsung mengenai "Negara Islam".

Yang menjadi persoalannya mengapa Pas begitu senang sekali menerima tekanan untuk menggugurkan tema perjuangannya yang merupakan satu penghinaan besar kepada parti itu.

"Negara Islam" adalah intipati kepada Pas dan tanpa ideologi politik tersebut, kewujudan parti itu tidak membawa apa-apa makna dan nilai.

Jika dahulu Pas mempunyai maruah dan identitinya tersendiri dengan matlamat mendirikan sebuah negara berpandukan kepada Piagam Madinah walaupun ditentang oleh musuh politiknya tetapi kini parti itu sudah hilang harga diri sungguhpun kuat di dalam Pakatan Rakyat.

Ketakutan Pas kepada Dap terutamanya amat ketara dalam isu kalimah Allah.

Bukan sahaja Pas merelakan kalimah Allah digunakan oleh pihak Gereja Katholik malah tidak berbuat apa-apa apabila kumpulan Kristian bersuara menghina Islam.

Apabila Mahkamah Rayuan tempoh hari menolak rayuan pihak gereja dalam isu ini, Pas tidak berkata sepatah pun untuk menyatakan pendiriannya.

Malah lidah rasminya, Harakah dan juga versi onlinenya juga membisu seribu bahasa seolah-olah tidak bersetuju kepada keputusan yang memihak kepada umat Islam.

Mengapa Pas sudah menjadi begitu teruk dan hilang arah tujuannya?

Paling lantang Pas bersuara pun ialah apabila sayap pemuda parti mengadakan demonstrasi dan solat hajat di luar Stadium Merdeka untuk membantah Konsert Metallica 2013 baru-baru ini.

Adakah ini sebab musabab Pas wujud sebagai sebuah parti politik hanya untuk menegah konsert untuk muda-mudi diadakan?

Bagaimana dengan perjuangan untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara?

Oleh kerana itulah keutamaan Pas memposisikan halatujunya dipertikaikan kerana sememangnya parti itu sudah hilang arah dan haluan.

Ia tidak berminat lagi untuk memperkasakan Islam tetapi lebih fokus untuk mendapat kuasa yang selama ini menjadi idaman.

Jika dahulu bersendirian atau bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah atau Barisan Alternatif tidak menampakkan hasil yang memberangsangakan kini hasilnya juga agak sama di dalam Pakatan Rakyat.

Pas perlu menerima hakikat parti itu tidak akan diterima sepenuhnya rakyat kerana sikap melampaunya dalam isu "Negara Islam".

Komprominya hanya helah untuk mendapat lebih kerusi di Parlimen tetapi strategi ini pun tidak berjaya.

Hasilnya pada PRU13 lalu, Dap yang paling banyak merangkul kerusi Parlimen walhal Pas dan PKR yang bertanding banyak kerusi hanya mampu gigit jari.

4 comments:

Anonymous said...

Banyak betulnya.. X PAS

PAS 80an said...

Masih adakah yg jujur ikhlas li wajhillah ?

Anonymous said...

Pas ni nak 'Islam' sgt kau kondem,pastu bila pas kurangkan 'Islam' sikit tolak ansur dgn kaum lain kt Malaysia pun kau kondem jugak?
bila pas buat dasar negara Islam kau kondem,bila pas tolak ansur dgn kaum lain buat dasar negara berkebajikan pun kau kondem jugak?

Anonymous said...

Kalau golongan Anwarinas dalam PAS dapat disingkirkan,aku yakin PAS akan kembali ke perjuangan asal.Biar kita bertentangan pendapat dalam ideologi politik tetapi dalam soal agama, bangsa negara dan maruah kita tetap akan bersatu hati seperti peristiwa 1969

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive