Sunday 1 September 2013

@MukhrizMahathir PROF DATO DR SAYYID MUHAMMAD AQIEL CALON YANG PALING LAYAK DILANTIK REKTOR KUIN !!!



Jika hendak dibandingkan dengan calon calon lain yang ditemuduga untuk mengisi kekosongan kerusi Rektor KUIN, aku rasa Prof Dato Dr Sayyid lah antara paling layak memegang jawatan tersebut..

Prof. Dato’ Dr. Sayyid Muhammad Aqiel Bin Ali Al Mahdaly Al Husainy adalah pada masa kini berkhidmat di KUIN (sebelum ini dikenali dengan nama INSANIAH) sebagai Profesor Universiti yang mengajar di bidang Usuluddin.

Beliau telah berkhidmat di KUIN selama 18 tahun bermula 1 Januari 1996 dengan memegang jawatan pertamanya sebagai Dekan Kulliyyah Usuluddin sehingga 31 Disember 1999.

Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Akademik (sekarang dikenali sebagai Timbalan Rektor Akademik) bermula 1 Januari 2000 sehingga Mac 2003.



Sepanjang menjawat jawatan berkenaan beliau telah berjaya meningkatkan mutu akademik terutama pengajian tinggi Islam sehingga KUIN terkenal di Asia Tenggara sehingga ke Asia Barat.

Beliau juga telah beberapa kali memangku jawatan Pengarah (sekarang dikenali sebagai Rektor) semasa ketiadaan ketuanya yang menjalankan tugas di luar negara.

Memandangkan kecemerlangannya, Kerajaan Negeri telah melantik beliau sebagai Pengarah/Rektor bermula Mac 2003.

Semasa INSANIAH di bawah pimpinannya Kementerian Pendidikan Malaysia telah menaikkan taraf INSANIAH ke Kolej Universiti pada bulan Jun 2006.

Apabila berlakunya perubahan di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri selepas PRU 12 2008, jawatan beliau sebagai Rektor diambil alih oleh orang lain.

Walaupun begitu, beliau masih berkhidmat di KUIN sehingga kini sebagai Profesor Universiti...


LATAR BELAKANG :

Beliau telah dilahirkan pada 17 Ogos 1947 di Wanio, Sidrap, Sul-Sel, Indonesia.

Pendidikan awal diterimanya di Ibtidaiyyah Negeri di Pare-Pare, Sul-Sel dan juga pernah belajar di beberapa tempat lain termasuk di Pendidikan Guru Agama Negeri , Madrasah Daarud Da’wa Wal Irsyaad, Ma’had Ad Diraasat Al Islamiyyah Wal Arabiyyah yang kesemuanya di Ujung Pandang.

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Institut Agama Islam Negeri Ala’Uddin Ujung Pandang dalam bidang Usuluddin dan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Lengkap Dotorandus dari institusi yang sama. Oleh kerana minat yang mendalam untuk mencari ilmu, beliau telah melanjutkan pelajarannya di Fakulti Usuluddin, Aqidah dan Falsafah di Universiti Al Azhar , Keherah.

Beliau telah meraih ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dari Universiti Al Azhar dalam bidang Kajian Falsafah manakala Ijazah Doktor Falsafah (Ph. D) diperolehi dari Universiti Ain Syams pada 21 Julai 1985 dengan tesis yang bertajuk “Kajian Perbandingan Falsafah Islam dengan Falsafah Barat Abad Pertengahan”.

Profesor Dr. Sayyid pernah menjawat beberapa jawatan di beberapa institusi serantau, di Indonesia, Brunei Darussalam dan Malaysia. Beliau pernah menjadi pensyarah di Institut Agama Islam Negeri Ala’Uddin, Ujung Pandang dan di Universiti Muslim Indonesia di antara tahun 1966 - 1972. Beliau juga pernah memegang jawatan pensyarah kanan bertaraf Profesor Madya di Akademi Islam, Universiti Malaya dan Ketua Jabatan Usuluddin, Institut Pengajian Islam di Brunei Darussalam di antara tahun 1989 hingga 1995.

Sebagai seorang ilmuan, beliau begitu produktif menghasil sekaligus menerbitkan buku, kertas kerja dan makalah khususnya dalam bidang Falsafah Islam. Buku - buku beliau yang terkini diterbitkan oleh Darul Hadith Kaherah pada tahun 1999 bertajuk “Dakwah Islam Pada Masa Kini” dan “Imam Al Ghazali Dan Ilmu Hadith”. Beliau juga banyak membentangkan kertas seminar di dalam dan di luar Malaysia selain menjadi penyelia untuk berpuluh - puluh tesis peringkat sarjana dan kedoktoran.

Oleh kerana ketokohan dan kesarjanaannya, beliau telah dianugerahi gelaran Profesor oleh Ahli Jawatankuasa Saintifik , Universiti Al Azhar pada 6 Mei 2000. Beliau juga dianugerahkan darjah kebesaran SETIA DIRAJA KEDAH [S.D.K.] (Kehormat) oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 14 Januari 2001 sempena Hari Keputeraan baginda yang ke 73 sebagai mengikhtirafkan sumbangannya kepada negeri ini.

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Syarifah Balqis dan telah dikurniai tiga orang putera iaitu Sayyid Alwi, Sayyid Muhammad dan Sayyid Ja’far Ash Shadiq.


Apa tandingnya calon-calon lain nak dibandingkan dengan beliau semasa sesi temuduga tempoh hari? Jika kerajaan Negeri komited menaikkan bidang pengajian Islam maka inilah calon yang sesuai dan sepatutnya dipilih. Orang asal yang mengusahakan KUIN sehingga diberi jolokkan Al-Azhar cawangan Azia Tenggara.

Orang ini pula bebas dan tidak terpengaruh dengan mana mana parti politik.. Jika hendak dibandingkan dengan calon lain yang agak aktif dengan parti pembangkang..

Kepada pihak kerajaan, pilihlah Rektor yang ada kelayakkan dalam tinggi dalam bidang pengajian Islam..

2 comments:

Anonymous said...

Memang tak dinafikan sumbangan beliau. Insaniah kepada KUIN.

Anonymous said...

walaupun beliau bukan berasal dr kedah/malaysia, beliau telah sebati dengan persekitaran tempatan. Jika masih ragu2, kerajaan boleh melantik timbalan timbalan dalam kalangan anak tempatan dan di dalam bidang yg sedikit berbeza drp bidang Pengajian Islam bg mewujudkan kepelbagaian disiplin ilmu dalam kalangan ahli akademik yang menjadi pentadbir/ peneraju. Saya percaya ahli akademik yg sudah lama bertapak di kuin mempunyai aspirasi tertentu bagi membawa kuin ke satu taraf yang lbh baik. InshaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive