Saturday 21 September 2013

@MukhrizMahathir NAIK BUKAN KERANA PENGARUH BAPA !! #BeraniBerubah #MM4VP



Kehadiran Datuk Mukhriz dalam politik negara bukan bertujuan untuk mewujudkan dinasti bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tetapi kerana minat beliau sendiri.

Dulu beliau pernah disekat daripada melibatkan diri dalam politik oleh bapanya ketika Dr Mahathir memegang tampuk kepimpinan negara dan Umno.



Kalau benar sekalipun Tun Mahathir hendak wujudkan dinasti, awal-awal lagi masa zaman beliau presiden parti, Tun boleh menarik Datuk Mokhzani dan Datuk Mukhriz untuk didedahkan kepada politik dan pentadbiran kerajaan.

Datuk Mukhriz akui "bin"nya menarik perhatian. Ia juga menaikkan dirinya ke satu imej tertentu kerana ayahanda beliau menjadi pemimpin untuk tempoh yang lama dan beliau masih ada sokongan yang tinggi. Datuk Mukhriz gembira dapat meneruskan apa yang Ayahanda Tun perjuangkan dengan mengunakkan idea-ideanya sendiri..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive