Thursday 8 August 2013

PANASSS !! KENAPA PAK LAH DAN TIDUR TAK BOLEH DIPISAHKAN???




Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang sering dikritik kerana kerap tertidur menjelaskan alasan beliau terlelap ketika bertugas.

Dalam buku terbarunya: Awekening, the Abdullah years in Malaysia, bekas perdana menteri itu mendedahkan beliau menghidapi masalah kesihatan “sleep apnea.”

Pengganti kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003 itu berkata lagi, beliau juga telah mendapatkan rawatan kesihatan semasa isterinya ketika itu Datin Seri Endon Mahmood mengetengahkan masalah tersebut.



Abdullah turut berkata penyakitnya adalah berbahaya memandangkan penghidapnya boleh terlelap ketika memandu.

“Doktor kata saya perlu serius, jadi saya ke Australia (pada 2007) untuk membuang polyps dalam hidung saya yang menyebabkan kesukaran bernafas,” katanya.

Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya.

“Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah,” katanya dalam buku berkenaan.

“Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu.”

Dr Mahathir melantik Abdullah sebagai penggantinya, namun Barisan Nasional (BN) tewas dua pertiga Parlimen pada Pilihan Raya 2008, yang kemudiannya menyaksikan Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan negara.

Dr Mahathir juga sering mengecam Abdullah ketika penggantinya itu mentadbir kerana membiarkan menantunya, Khairy Jamaluddin dan sekutunya di “tingkat empat”, mengacau bilaukan negara. – THE MALAYSIAN INSIDER

1 comment:

Anonymous said...

sape pun yg berkawan dekat dgn pakatan ni mesti dpt penyakit sama.. boleh buat mcm mcm citer.. ni citer tidor pulak... sebab byk org komen pasal pak lah tidor aje masa jad pm.. jadi sekarang timbul pulak penyakit tidor..

moral dr buku ni.. bukan sengaja tertidorrr tapi penyakit.. jadi jgn salahkan kj ambil tugas pm.. harus ikhlas.. apasal tak nak turun dr awal jika dah tau berpenyakit.. teringat si rapunzi tak abis abis pasal story dakwat..

tapi anehnya.. bila buat mcm mcm dasar polisi bergabung dgn org singapork.. tak tidorrrr
pulak.. walau mata terpejam tapi tgn tetap terjaga bergerak sign dokumen.. masyukkk

biasalah manusia.. bila bab kuasa harta.. mata terbeliak tak kan pernah pejam.. bila bab rakyat bawah.. tidorrrr lah ya... zzzzzzzz

agaknya ada tak pemimpin pap tertidorrrr aje.. sedar sedar singapork dah masuk semua dlm malaysia.. atau sebaliknya???

agaknya ada tak pemimpin dap tertidorr aje.. sedar sedar penang ikut telunjuk pas... atau sebaliknya???

ada tak pemimpin umno tertidorrrr aje.. terjaga terencat akal tengok bila tersedarrr dr tidorrr yg lama.. jawatan dah diambil org..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive