Sunday 7 July 2013

HOT !! SIAPA PERNAH MENJADI MANGSA PENIPUAN LINGUAPHONE ??





PENGAKUAN MANGSA
PEMULANGAN LINGUAPHONE
October 7th, 2011
Saya telah membeli produk linguaphone dan saya ingin memulangkannya kembali kerana saya baru tersedar bahawa produk tersebut tidak dapat membawa kebaikan kepada saya. Saya juga merasa seperti ditipu dan dipaksa untuk membeli produk tersebut.

Jurujual yang menjual produk linguaphone ini menahan saya dan rakan-rakan yang lain dengan mengatakan bahawa dia ingin membuat soal selidik sahaja.Tetapi dia tidak pula mengatakan ingin menjual produk. Apabila kami tidak mahu membeli mereka menahan kami dan seperti memaksa kami untuk membeli produk ini sehinggakan kami tidak mampu lagi untuk menolak.

Mereka juga turut menggunakan kata-kata yang sangat manis untuk mempengaruhi kami yang kurang pengetahuan tentang produk ini supaya membelinya. Malangnya, ada diantara rakan-rakan saya yang baru tersedar bahawa mereka ditipu dan ingin memulangkan produk ini, ada diantara mereka yang dimarahi oleh jurujual. Jurujual tersebut juga tidak mengendahkan panggilan kami untuk bertanyakan tentang kaedah memulangkan produk ini.

Saya dan rakan-rakan yang lain sangat berharap dapat memulangkan produk linguaphone ini dan mendapatkan kembali wang deposit yang telah kami bayar sebanyak RM299. Kami juga sedar bahawa kami tidak akan mampu membayar harga produk ini yang mencecah ribuan ringgit kerana kami masih lagi belajar.




LINGUAPHONE MENIPU PELAJAR IPTA
October 5th, 2011
Linguaphone mensasarkan pelajar IPTA/IPTS untuk membeli produk bantu belajar bahasa Inggeris dengan memaksa pelajar secara psikologi. Saya bekas pelajar Politeknik Ungku Omar telah terjebak dalam kontrak produk ini. Perkara ini berlaku pada tahun 2009. Mereka membuka booth dan menunggu pelajar habis kelas untuk menperkenal produk mereka.

Ketika itu saya bersama 2 lagi rakan telah dipaksa untuk duduk dan dengar butiran produk tersebut. Saya dan seorang rakan diberi kepada seorang petugas lelaki, manakala seorang lagi rakan dengan petugas wanita. Saya dan rakan berkeras tidak mahu membeli kerana kami tidak mempunyai wang.

Kami dipaksa untuk membayar pendahuluan sebanyak RM110, dimana jumlah keseluruhan produk itu adalah RM2999. Kami meminta untuk menghubungi ibu bapa untuk bertanyakan pendapat mereka namun diherdik oleh petugas terbabit dengan mengatakan ‘ibu bapa tak kan tak bagi anak beli benda untuk belajar macam ni, kalau macam tu tak guna jadi mak ayah la’ menyebabkan kami berasa sangat tertekan.

Kami cuba lari namun dengan tiba tiba petugas wanita tadi memberitahu bahawa rakan saya yg bersamanya telah membayar deposit untuk kami berdua. Saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa apa, dan terpaksa menandatangani kontrak tersebut. Selepas membawa pulang alat tersebut, sangat mendukacitakan apabila alat tersebut langsung tidak berfungsi.

Kami berasa tertipu dan membuat aduan kepada pensyarah. Pensyarah kami meminta untuk deposit kami dipulangkan dan kami memberi semula barang itu, namun kami dimarahi dan petugas mengeluarkan kata kata kesat terhadap kami dan sejak dari itu, mereka kerap telefon dan memaksa kami membuat bayaran setiap bulan sebanyak Rm150.

Kami tidak mengendahkannya kerana alat tersebut tidak berfungsi dan ini menyusahkan kami yang terpaksa menanggung hutang semasa baru berumur 18 tahun ketika itu. Selepas beberapa bulan, mereka menelefon dan meminta kami pulangkan alat tersebut ke main office mereka jika mahu membatalkan kontrak, tetapi wang deposit tidak akan dikembalikan. Kerana tidak mahu disenarai hitam, saya dan rakan menghantar barang tersebut menggunakan pos laju pada penghujung 2009.

Selepas itu pihak Linguaphone senyap begitu sahaja dan tiada panggilan telefon mahupun surat seperti dahulu. Saya fikir barang tersebut telah sampai dan kontrak telah ditamatkan sepertimana yang mereka janjikan. Walaubagaimanapun, pagi ini saya dihubungi pihak mereka dengan menggunakan nombor 012-9882360 / 012-5012362 dan 012-2367743 yang mengaku mereka dari Linguaphone. Mereka mengatakan saya tidak memulangkan barang tersebut dan akaun saya telah tertunggak.

Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Sekarang telah masuk penghujung 2011, tetapi baru sekarang mereka menghubungi saya dan mengatakan barang tidak sampai. Saya mengatakan barang tersebut telah dipos sejak 2009 dan mengapa baru sekarang mereka telefon.

Petugas tersebut memberitahu saya sepatutnya menghantar terus ke pejabat utama mereka di Kuala Lumpur sedangkan pada 2009 mereka menyuruh saya menggunakan pos laju sahaja.

Mereka seakan akan mempergunakan kuasa mereka untuk menjerat saya dalam perkara ini sedangkan barang telah 2 tahun saya serahkan. Mereka memaksa saya menyemak di pejabat pos untuk mengesan barang tersebut. Saya menghantar barang itu di Ipoh, dan mereka mendesak saya untuk segera berurusan dengan pejabat pos di sana. Ini menyusahkan saya kerana saya berada di Pulau Pinang dan telah tamat belajar di sana.

Mereka juga mengugut untuk ‘blacklist’ akaun saya di bank sekiranya barang tersebut masih mereka belum terima. Saya bingung kerana barang tersebut saya telah hantar dan bukti slip pos telah hilang kerana perkara ini telah lama berlaku. Mereka memaki hamun saya didalam telefon bila saya mengatakan mereka memaksa saya membeli, sekarang memaksa saya lagi.

Saya berang dengan tindakan tersebut dan mahu pihak mereka diambil tindakan sewajarnya kerana saya pasti bukan saya sahaja yang mengalami nasib ini, pasti ramai lagi diluar sana menghadapi masalah yang serupa.


LINGUAPHONE MENSASARKAN PELAJAR YANG MUDAH DIPENGARUHI
June 24th, 2011

Saya ingin melaporkan kepada pihak Kosmo berkenaan tindakan penjualan tidak beretika Linguaphone. Baru-baru ini, adik ipar saya (pelajar kemasukan baru UiTM Puncak Alam yang baru sahaja mencecah umur 18 tahun minggu lepas) telah dipengaruhi oleh penjual Linguaphone yang menyebabkan beliau kehabisan ratusan ringgit sebagai deposit.

Apabila keesokan harinya, setelah beliau berfikir secara tenang, beliau ingin memulangkan produk Linguaphone tersebut kerana mendapati beliau tidak memerlukannya. Akan tetapi, beliau telah dimarahi sehingga menyebabkan beliau tertekan dan menangis. Pihak penjual telah menggunakan kata2 yang mengguris hati dan menggunakan alasan bahawa beliau telah menandatangani penjanjian yg menyebabkan beliau tidak boleh memulangkan produk tersebut.

Ramai pelajar yang sebenarnya telah terperangkap dgn kata2 manis penjual Linguaphone. Saya tidak terkejut dengan hal ini kerana semasa saya masih belajar di kolej pada tahun 2002 dahulu, seorang rakan saya juga telah tertipu dah membeli produk Linguaphone yang pada saya agak “overprice” – seunit RM 2389 (wow!) – “baik beli iPad je”. Saya sedar bahawa ia adalah tanggungjawab individu utk memastikan mereka faham isi kandungan kontrak.

Akan tetapi, strategi penjual Linguaphone mensasarkan pelajar2 baru yang memang mudah dipengaruhi dan ditipu sangat tidak beretika. Tambahan, mereka peka tentang latar belakang ‘customer’ yang mudah terpengaruh kerana kurang pendedahan (disadvantage to those from rural area). Apabila saya mempersoalkan kepada pihak Linguaphone berkenaan akta jualan langsung yang memberi 10 hari tempoh bertenang kepada pembeli, mereka menyatakan bahawa, mereka menggunakan pameran / exhibition yang membolehkan akta “tempoh bertenang” diketepikan.

Saya juga telah merujuk perkara ini dengan rakan peguam saya, dan beliau bersetuju bahawa Linguaphone seperti menyalahgunakan penggunaan kontrak. Dalam erti kata lain, menyalahgunakan undang2. Malah, mereka ‘provoke’ saya utk melaporkan kepada pihak akhbar. Saya yakin, ramai yang telah terkena dgn Liguaphone.
Saya berharap tindakan saya utk mengetengahkan perkara ini dapat membantu lebih ramai pengguna memahami hak & tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Tambahan, saya berharap pihak Linguaphone tidak lagi mengamalkan strategi tidak beretika. Akhir kata, tidakkah kemajuan teknologi seperti penggunaan smartphone dan tablet PC seperti iPad telah menjadikan teknik pembelajaran melalui produk Linguaphone itu antik dan ketinggalan zaman?

“For everybody to think, and for us to find out..”
Nota: Nama penjual En Mohd Daud b Zakaria. Pengurusnya yang kasar Pn Rosmawati (tidak mahu memberi nama penuh). Yang menguruskan pameran Linguaphone di UiTM Puncak Alam pada Isnin 13 June 2011 – 15 June 2011 diketuai oleh en Zack (tidak mahu member nama penuh). Puan Sham di HQ tidak setuju untuk memulangkan semula deposit.

ADUAN DARI PEMBACA BLOG 1PENIPUAN
Perkara ini telah saya adukan kepada Kelab Pengguna tetapi masih tiada tindakan yang diambil,yang membuat kan saya merasa pelik bukan saya seorang sahaja yang buat aduan ramai lagi yang jadi mangsa penipuan Linguaphone ini,tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan. Adakah mereka mahu pelajar-pelajar IPTA/IPTS terus ditipu oleh orang yang tak beretika yang menjual produl Linguaphone ini.

Pada July 2012,mereka telah membuka booth di Politeknik Shah Alam,ketika itu saya sedang berjalan berseorangan dan dipanggil oleh seorang wanita yang bernama Rosyati (kalau tak silap saya) . Dia hanya mengata ingin membuat soal selidik tentang penggunaan Bahasa English saya,saya tidak tahu menahu pula bahawa mereka menjual produk.

Sepanjang mereka membuat jualan langsung produk tersebut mereka seolah-olah memaksa saya untuk membeli walaupun saya cuba mengelak untuk membeli barang tersebut. Saya sudah memberi tahu kepada mereka bahawa saya tidak mahu membayar sebarang pembayaran pada hari tersebut. Kemudian mereka memberi tahu kepada saya bahawa membuat pendaftaran tidak memerlukan sebarang pembayaran. Jadi saya telah mengisi borang dan memberi kad pengenalan kepada mereka untuk pendaftaran. Tanpa menjelaskan kontrak perjanjian dengan jelas mereka meminta kad bank saya untuk membuat pembayaran tersebut. Malangnya, selepas saya menandatangi borang tersebut mereka mengatakan sebarang pertukaran atau kembalikan barang samasekali tidak dibenarkan.Hal ini telah membuatkan diri saya tertipu oleh syarikat Linguaphone, dimana mereka hanya ingin mengambil kesempatan dan mengutip keuntungan semata-mata.

SUMBER RUJUKAN
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KontrakLinguaphonebatal/Article

SUMBER 1Penipuan

85 comments:

Unknown said...

Saya pernah kena tahan dgn geng2 Linguaphone ni kat Pasir Gudang masa belajar dulu.Saya biar depa bercakap pasal produk..lepas tu saya bercakap dlm bahasa inggeris & tanya depa soalan..depa trus belah sbb depa sndiri pun x fasih cakap inggeris.menipu ja depa ni..

miazara said...

adik saya dah terkena mcm ni...student dr usim yg dipkse beli sewaktu booth konvo tahun lepas.skrg dapat surat amaran terakhir untuk membayr.apa yang sy perlu buat?

Anonymous said...

Report aduan penguna

Unknown said...

Sy nk tnye la..cmne nk wt report ni yer...korg yg penah wt report ni ape tindakan yg pihak linguaphone bt lpas report korg kuar??adakah dorg trus terminate korg or list kn korg dlm ctos???

Zalie said...

Assalam Erni and all, gunakan saluran tribunal tuntutan pengguna. Sediakan semua dokumen dan jalan cerita sekali. Jika berlaku di selangor, TTP adalah di Shah Alam bangunan MRCB (sebelah plaza Alam Sentral. Jangan takut....

anorasyikin said...

Sya dh smpai notis saman. Cmne nk buat ye..

Anonymous said...

Sy pun dah terkena, jurujual memaksa saya membeli dan benar, produk ini tidak membawa apa2 kebaikan langsung. Masa sy beli waktu tu 7 tahun lepas, masa tu sy baru berumur 21 tahun, ape pun xtahu lagi. smp la tahun ni, bila sy apply loan, nama sy dah black list kat bank negara, sangkut sytos (rasanya cmtu lah ejaan ). bila sy check, sy dipaksa membayar RM5,800 utk jumlah keseluruhan yg tertunggak. padahal harga barang RM 1,800. Berang betul dgn Linguaphone ni. Memang penipu besar dan mengambil kesempatan pada org ramai.Harap dapat disebarkan untuk kesedaran org ramai.

Anonymous said...

macam mane cara nak settlekan masalah nih dan bersihkan nama dr ctos..nak keje pon susah oo..cilaka nye linguaphone..hmm..

Anonymous said...

mcmna plak kes sy...sy bli taun 2006 n bru dpt surat utk dikenakan tindakan mhkamah...sy mmg xpnh byr lgsg..sbb dulu diorg pnh rampas ic sy n slagi sy xbuat byrn slagi tu ic sy xkn dipulangkn...sy mmg bodoh waktu tu xbuat laporan...buntuuuu

Straiderz said...

mohon pencerahan langkah langkah yg perlu diambil kerana saya pon mengalami masalah yng sama.....apa tindakan selajutnya....harap rakan rakan dapat membantu.......

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sy juga mgsa linguaphone, dorg ni mmg melampau.. Suka ati dia je nk saman2 org.. Klu xbyr,dorg ugut nk ctoskan nama..pdhl ejen dia yg menipu, n mnyusahkan idup je..

Unknown said...

Saya adalah mangsa linguaphone ni.. nama saya dah ctos .. bertahun tahun, ok saya nak tubuhkan group untuk bela nasib kita balik , dgn adenya pihak atasan yg boleh kita meminta bantuan dan puhak media yg bersama saya..kita boleh membuat bantahan, sesiapa berminat untuk bela diri whatsaap saya di 0123454543

mat tom said...

kami jugak terkena tipu dengan linguaphone, dah pergi tribunal tetapi disaman balik masuk mahkamah, arahan surah bayar baki hutang. Jadi mangsa, bagaimana nak bela kita tertipu. mohon jika sesiapa yang terkena tipu, kita berganding bahu membenteras kerja tak betul ini.

Anonymous said...

nak buat mcm mana, benda ni dah lama berlaku.. xpnah ada perubahan pn. rasanya da berpuluh orang yg buat laporan kat tribunal, tp LP ni masih gak bebas beroprasi. xboleh salahkn pengguna yg tertipu. yg ada pgalaman tolnglah bantu mereka yg mengdapi masalh ni.. kbyakkan student yg jdi mngsa.

Anonymous said...

hantar aduan kat Tv3 , biar semua org tau Linguaphone ne mcmna.

nur said...

manci rocketts nk bela diri mcmna?sy pn dah nk diCtoskan jgk. 5000+++++ kot..

Unknown said...

Aku 3 k mcm mane Nak.settle ni

hayatinazri said...

saya baru membuat aduan ke ttpm..tp nasib di pihak syarikat penipu ini atas alasan saya telah mencapai cukup umur iaitu 20 tahun semasa menandatangi kontrak tersebut.saya telah melihat beberapa keratan akhbar di mana 4 pelajar ipta berjaya membatalkan kontrak tersebut selepas aduan ke ttpm dibuat walaupun umur mencapai 18 tahun ke atas. saya berpendapat kita sebagai mangsa syarikat ini perlu bersatu dan membuat aduan ke bahagian tv3 agar sindiket penipuan ini dapat dihapuskan dan kita semua tidak terikat dengan kontrak ini lagi

adhiputra said...

ape nk buat klau mcm tu?

adhiputra said...

dulu slalu linguaphone call..skrg dah x call.
jgn lah dye p blacklist nme aqu.

Anonymous said...

saya pun senasib dgn korang. sekarang surat amaran dari lawyer LP dh sampai. dulu masa beli belum cukup umur 18 lg. so, sepetutnye kena ada approval dr ibubapa tp time tu saya xtaw ic parent n parent x angkat call. then, contract pembelian tu w/out approval. nasib baik la. now, parent tgh usahakan utk buat aduan...

Anonymous said...

Saya pun sama terkena.. Tp saya bkn pljar ipta.. Dah lama beli linguaphone ni.. Tahun 1998 or 99 cmtu.. Last year nak buat loan xlpas sbb nama d ctos.. Bank bagi nombor sruh call diaorang ni.. Tkejut bila fon, dia orang ckp htang saya mncecah 15k termasuk interest slama 15tahun.. Mati akal terus.. Ada sesiapa boleh tolong tak?? Klau nak buat report, resit semua dah xde.. Cmne tu??

Unknown said...

Linguaphone memg penipu..pekerja dia pun x pndai ckp Bi...semua hafal Bi yg sama je..konon nk uji bi org..ada gak beli linguaphone..x guna pun..berhabuk je..kalo nk pulangkn blik memg x boleh pun..mcm2 alasan dyworg akan bg...nk x nk tiap2 bln byr untk benda yg useless...untk adik2 yg nk masuk U,hati2 sbb korg akan jd mangsa mereka yg seterusnya...always perkataan bi yg dyeorg gunakan chaos(huru hara) quey(pelabuhan)..2 je perkataan dyeorg tau...cuba ckp bi kt dyeorg mau tergagap dyeorg jwp..huhuhu..

Cik Yunie said...

..

Anonymous said...

aq dh dpt srt amaran terakhir..ap ptt aq buat r...,tp nk d jdkn cerita baru2 ni diorng ad gtau yg nma aq dh d masukkn dlm ctos n dah black list..kira x blh nk buat ap2 loan..,tp aq buat loan kete lps jew...,ptt ke aq byr or abaikn je notis saman dye tu...hrp ad yg dpt mmbntu..x

ainRahman said...

Sy pon baru dapat surat dari pejabat guam, di suruh sy bayar dlm tempoh 14 hari dari tarikh surat, nk buat mcm mana tuh ye? Sy baru je kerja 2 minggu, nak bayar guna apa, melampau la linguaphone ni, dorang memang guna cara memaksa

Unknown said...

@ainrahman boleh hubungi saya tak untuk jelaskan lagi kes ni.. 0183705057
tengkunashril@gmail.com

Anonymous said...

Assalamualaikum... Ain pun terkena gak cmni.. Kena paksa beli masa study kt Unisel dulu.. Byk surat sampai Dr peguam pun ade.. Surat amaran last depa send 2009/2010 kot.. Ain x layan pasto depa senyap smpai me arini taon 2015.. Surat amaran kaler merah tu depa taip pasto print cmto jew, x nmpk cm surat rasmi yg betol2 bercop lambang / trademark "Linguaphone" tu.. Nmpk benor nipu nye... Harap2 nama ain xde lah kt ctos tu.. Huhuhu

Unknown said...

Saya pon kn juga dgn linguaphone ni.smpi skrg blm selesai.

Unknown said...

Saya pon kn juga dgn linguaphone ni.smpi skrg blm selesai.

Unknown said...

Sape yang penah setel kes ni nak tau jgk..skrg dah nak 5k dah dia anta surat dekat rumah,contact sy pls 01112718365 atau fb(syahir wahab)

Unknown said...

Sape yang penah setel kes ni nak tau jgk..skrg dah nak 5k dah dia anta surat dekat rumah,contact sy pls 01112718365 atau fb(syahir wahab)

salina said...

Skrg awk dh settle bayar ke?

salina said...

Skrg awk dh settle bayar ke?

salina said...

Saya pun nk tau gak mcm mna nk setel ni..br dpt surat td kena bayo dekat2 5k..surat lawyer plak tu..harap ada bg respon

salina said...

Saya pun nk tau gak mcm mna nk setel ni..br dpt surat td kena bayo dekat2 5k..surat lawyer plak tu..harap ada bg respon

salina said...

Ada sape2 bleh bg respon sbb sy pub dpt surat lawyer

salina said...

Ada sape2 bleh bg respon sbb sy pub dpt surat lawyer

salina said...

Ada sape2 bleh bg respon sbb sy pub dpt surat lawyer

Unknown said...

Sy nak buat loan,tiba2 blacklist...call diaorg tau2 kene bayar dekat 11k!!!cilake diaorg ni...

Unknown said...

buat bodoh je, sy xdpt suray, sb dh pindah rumah, tp nma ada dlm ctos

Unknown said...

skrg nk call diorang dh x angkat, sy bgtau bank linguaphone dh bungkuih, harap2 bank pcaya

Unknown said...

skrg nk call diorang dh x angkat, sy bgtau bank linguaphone dh bungkuih, harap2 bank pcaya

Unknown said...

buat bodoh je, sy xdpt suray, sb dh pindah rumah, tp nma ada dlm ctos

salina said...

Sy nk bt bodoh pun tkt jgk sbb dia x amik alamat dr ic..aritu register tm guna alamat kakak kt phg itu pun ada dlm list surat lawyer.😳

salina said...

Sy nk bt bodoh pun tkt jgk sbb dia x amik alamat dr ic..aritu register tm guna alamat kakak kt phg itu pun ada dlm list surat lawyer.😳

Anonymous said...

Saya pun sama jadi mangsa linguarphone,sekarang nama pun dah ctos,br saja call tanya...9k++,harap ada yang ambil perhatian.

Heaven.my said...

Assalamualaikum.. Ad tak sapa2 yg nak sama2 gerak settle dgn linguaphone ni... Saya juga terkena ni dah sampai surat merah dan kene harga tinggi nak mampuih dan interest amat tinggi... Saya xmampu membayarnya... Sesiapa yg boleh tolong bg idea dn cara boleh watssup sy 0126174949 nak sama2 join gerak bela nasib pn boleh...

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, saya dah lama selesai kes ni.
Asalnya saya ditahan untuk isi soal selidik. Alasan saya untuk mengelak beli produk tu ditangkis dengan profesional oleh salesman waktu tu. Lepastu tau2 je 4 orang salesman kerumun saya suruh saya cuba Linguaphone ni. Sorang salesman pun dah susah nak elak, bayangkan 4 orang. Diorang cakap disebabkan saya student yg dapat PTPTN selang 6 bulan, caj takkan dikenakan bulanan. Setahun saya hanya perlu bayar 2 kali semasa dapat duit PTPTN. Saya pun tak tau kenapa, tapi saya rasa ditekan sangat untuk mencuba produk diorang dan mungkin disebabkan nak lari segera dari diorang saya setuju untuk cuba produk tu dan diorang buat salinan IC dan mintak kad bank saya. Saya dicaj RM690(kalau tak salah) untuk deposit.
Balik bilik kolej saya keluarkan produk tu dari kotak dan rasa tak puas hati benda simple macam tu boleh cecah ribu2. Rasa menyesal sangat guna duit belanja buat bayaran deposit. Saya tak sentuh langsung benda tu lepas tu. Bulan pertama pembelian, saya dapat penyata suruh bayar (x ingat dah berapa waktu tu) dalam notis yang disertakan sekali ada bagitau ada bunga untuk bulan yang kita tak bayar & kegagalan untuk habiskan bayaran boleh sebabkan saya didakwa. Malam tu jugak saya call kakak saya sambil menangis bgtau dia saya dah buat benda bodoh.
Nasib saya baik akak saya tak marah (dia sangat2 garang) & bgtau yg dia akan tolong saya. Dia cakap dari cara salesman Linguaphone tu menjual barang je pun dah ada unsur tipu. Pertama saya hanya disuruh untuk mencuba tapi dah diambil duit, Kedua, saya disuruh bayar selang 6 bulan tapi diorang tak terangkan tentang bunga untuk bayaran yang saya tak jelaskan untuk bulan2 lain. Tu belum masuk lagi cara diorang paksa saya beli.
Lepastu akak saya tiap hari call salesman yang uruskan pembelian saya. Sampai satu tahap salesman tu tak tahan dengan call akak saya dia bagi nombor phone boss dia. Akak saya call boss dia dan ugut untuk bawa benda ni kat mahkamah. Boss dia cakap saya memang terikat dengan syarat sebab saya pembeli. Jadi akak saya cakap, macam mana kalau saya minta adik saya pulangkan balik? Dipendekkan cerita, dia setuju. Saya pulangkan barang tapi duit deposit saya dah burn. Syukur benda tu selesai jugak akhirnya. Saya anggap tu pengajaran kat saya. Sampai sekarang saya ada rasa trauma bila berdepan dengan salesman.

Anonymous said...

Saya anon atas ni. Kes saya jadi tahun 2007/2008. Tak tau pulak Linguaphone ni still ada sampai sekarang. Sesapa yang nak beli memang niat untuk belajar, silakan. Cuma dalam kes saya, saya rasa dipaksa untuk beli dan ada perkara yang samar2 dalam penjualan produk diorang ni.

Anonymous said...

Saya pun sama. diblacklist ctos. baru je tau sbb nk buat loan. sy bli benda ni tahun 2008. entah berapa kena byr tmbh interest. wktu beli tu cm kena pksa and tipu.cm kena santau pn ada. rsenye la. sbb terus cair. sy umur 17 waktu tu. tak matang and tak reti nk fikir benda ni baik ke buruk trus beli je. nyesal rasa. pagi tadi contact tribunal tnya boleh refer lagi ke tak. katanya dah x boleh sbb utk kes nak refer ke tribunal mestilah tak lebih 3 tahun pembelian. dekat mahkamah sivil pn sama. kes mestilah 6 tahun ke bwh. jadi tak tahu nk selesaikan macam mana. tpksa bayar la gamaknya kalau nak nama clear. cash ataupun byr monthly. tapi kalau nak ignore pn tak pe. sbb loan sy lulus je. mgkn sbb loan kereta kot. loan rumah ke loan lain ke tak tahu la pulak. tapi risau la pulak kalau ignore mcm tu je. nnti xpsl2 interest makin naik. takut ishtihar muflis la pulak. mana tau kan. jadi sy pun buntu sekarang. sesiapa yg dh berjaya settlekan hal ini. minta share la yer. terima kasih.

Anonymous said...

klu x blh.try gn lawyer bhgn jenayah.trs naik makhamah tggi.website linguaphone pon thn 2005.skrg mne ad org blaja gn cd.smue youtube n ebook je.byr kat kls bhs lg berbaloi

Puan Suri (Zura Yunus) said...

Husband saya trkena juga...baru ni dpt surat merah bgtau payment trtunggak 26k...gilaaaaa

Puan Suri (Zura Yunus) said...

Husband saya trkena juga...baru ni dpt surat merah bgtau payment trtunggak 26k...gilaaaaa

Unknown said...

nma sya dh ctos gra2 lingaphoe pya psl haram jadah btul. . .bru dia call td interest dh jd 11k. . .jgn hrp aku nk byar puiii. . .

Anonymous said...

Nm sy jg telah tersenarai di ctos gara² linguaphone ni..rs menyesal lak percaya ngan kata² manis diorg dl..

green gurl said...

Amik ni since tahun berapa?

Airlangga said...

Tu namanya Debt Collector.. pengutip hutang. Pengutip hutang ni selalu guna saya mengelirukan sikit dan double meaning..

Linguaphone saya rasa tak kan guna peguam.. sebab kos tinggi tu. Cara terbaik, mereka guna debt collector dan rekod dalam.CTOS

Airlangga said...

Caranya kena setelkan lah dik. Sebab dibuat dengan concern sendiri kan..

Kalau tak bayar, hutang akan naik. Kawan saya kena bayar 12k sebab terlepas pandang. Dia beli tahu 2007.

Airlangga said...

Caranya kena setelkan lah dik. Sebab dibuat dengan concern sendiri kan..

Kalau tak bayar, hutang akan naik. Kawan saya kena bayar 12k sebab terlepas pandang, dia ingat dah setel tapi rupanya belum. Dia beli tahun 2007. Di

Airlangga said...

Bungkus tak bungkus, nama kau tetap masuk rekod CTOS dik. Jadi tak ada pilihan..kena bayar lah..huhu

Unknown said...

Sy mangsa linguaphne..dh msuk ctos 5k

ciloy said...

Saya mangsa lingua phone tak guna dah masuk ctos 12k..... Ada Sape2 boleh Bantu sy.. 01130792012

shahril said...

sekarang awak dah setle ke pembayaran ini?

Unknown said...

16k ,mcm mana nak setel....dari RM 1000 lebih tetiba jd 16 k....adoi....😇

nicky said...

takde ke group whatsapp untuk sama2 setel dan bincangkan pasal benda ni

Anonymous said...

kalau ada nak bincang, ws no ni 0192556992.. hari tu dah naik sampai 15k, akhirnya dh settle

Unknown said...

Saya pnya 8k plus dah, memang tak pernah bayar langsung sebab nak pulangkan tp agent bangang marah2 jer suruh bayar.. X ingat dah sape nama.. Tsangkut nak rgister ejen prudential, loan kreta approved pulak.. Ada sesiapa boleh tolong?

Anonymous said...

Saya pun terkena juga..macam mana lah boleh terpengaruh beli benda tu..bila tak bayar sampai surat lawyer..tiap2 masa call suruh bayar.nak tak nak kena bayar juga la, kalau naik mahkamah lagi panjang cerita...beli 2009 rasanya..2013 baru settle bayar..menyesal tu tak payah cakap la..sia2 je bayar 4,5k..sekarang benda tu mereput je kat rumah..kalau tengok benda tu & ingat balik memang boleh stress la..dengan zaman belajar takde duitnya nak bayar tiap2 bulan...nak tak nak terpaksa minta tolong mak juga, sebab dorang siap call mak ayah lagi minta bayar...lepas kejadian ini, memang sentiasa berhati-hati la kalau jumpa salesman..

Kamar said...

Aku pun dh kena..nama kena ctos dh..haram jadah sungguh..macam mana nk buat😪

Wawa said...

Harap² masih aktif no ni..sy nak cuba contact..sy pun mangsa jgk masa belajar dlu..skrng ctos dah 5k pernah dok byr seribu lebih jgk last² ctos jgk 5k. Geram betul la..patutnya dah tak perlu byr kot. 😭 Tp bukti bayaran pun dah takde..huaaaa. macam mana ni..boleh gila pikir!

Anonymous said...

sy pun sama tertipu... msa nk beli dia org x ckp ap pun pas interes.. ckp byr harga 1000++ jer ..patu tdi call tengok2 kena byr 21k....gila ker apa???? mmg betul2 menipu...tolong siapa yg ada cadangan atai group ctos ..plss

Unknown said...

Mcmna nk settle? Loan sy x lepas sbb ctos linguaphone 13k. Tlg

Amstrong said...

Entahlah skali tanya 15k haru dunia... Nk makan batu la jawabnya..

Hanasha said...

Saya baru terkena nk buat loan rumah tk lepas. Boleh buat report polis ckp kene tipu, nanti statement polis boleh attach dkt pgawai loan bank utk wave kn ctos

Hanasha said...

Saya baru kene baru ni nk buat loan rumah tetiba sgkut ctos. Tk sangka la ligua ni kejam ctoskn 6k. Kene tipu gak thun 2012 sama cerita macm semua org. Pegawai bank inform bolah buat report polis even kes da lama. So nanti bila submit loan boleh attach skli report polis. Nanti dia akan wave kan ctos.Semoga cara ni membantu anda semua.

L-HAM said...

Baguslah dah setel. Saya ni ha dah 7 tahun tak membayar. LP pun dah lama tak call saya. Lagi pula saya dah beberapa kali tukar no. Tapi surat amaran tu still lagi saya simpan. Di situ tercatat sekali akan amaun LAMBAT BAYAR juga. Haih! Dah serupa macam ah long saja! Sampai sekarang saya masih risau hutang2 saya tu, tak pernah lagi berbayar. Takutlah kalau2 bunga dia cecah puluhan ribu. (Padahal kalau beli kereta atau biiin rumah, ok jugak. Berbaloi. Ini tidak!)😭Masak saya kalau macam ni. Buntu sangat2. Setiap masa saya teringat dan terngiang2. Kalau saya mati pastu saya masih ada hutang bahkan bertimbun ribu2 begitu, sia2 saja amalan. Dah tentu akan menyusahkan ahli keluarga saya yang tak tahu menahu soal ini. Terus terang, sampai sekarang saya menyesal sebab bodoh pada umur belasan tahun. Nama saja pelajar UITM tapi tak reti berfikir baik buruknya sesuatu keputusan😭😭😭😭Tolong saya - 0175265638

Unknown said...

Sya pun da sangkut ctos 3k.. Ada sape2 blh bantu tak 0168125014

Unknown said...

Sya pun sangkut 18k, mana nak cari duit, adeh, ada boleh tolong tak 0198727545

Anonymous said...

Sama. Saya sangkut ctos Rm5k. Ada sape2 boleh bantu cara settle? 0109549511

Khairiah1519 said...

Assalaamualaikum..saya pun mangsa yang sama .boleh saya tahu apa keterangan yg cik buat tentang masalah ni pd polis?

Unknown said...

Sy pn mengalami masalah yg sama..bukan setakat xlepas bt loan,nk mohon kje pn susah disebabkn credit check..boleh sesiapa perincikan cara n keterangan utk membuat laporan polis ?

Anonymous said...

Sy baru prsn nama sy dlm ctos masa nk buat loan. Sy pula berpindah terus lps graduate pd tahun 2008. Beli LP ni pd tahun 2005. Sama mcm yg lain, salesman & saleswoman dorg sgt hebat dlm mendesak student utk beli produk ini. Xdpt surat & xdpt panggilan pun dr LP. Bila tahu nama dlm ctos ada rekod sbyk RM453.20. Jd jujur nk clearkan debt ni. CS LP kata hutang sy bukan RM4++ tetapi RM36ribu. Terduduk sy dibuatnya. Allah.. Saya nk settlekan hutang sy. Itu je niat sy. Xsangka begini pula mereka buat pada sy. Terasa ditipu.

Anonymous said...

saya pon terkena dgn Linguaphone penipu ni, terbeli tahun 1999.. amik kau bila check ctos august 2023…… rm44k linguaphone penipu ni ctos kan saya….😡

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive