Wednesday 15 May 2013

TERKINI !!! LAPAN ADUN ANGKAT SUMPAH EXCO KEDAH




Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu.

Upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini pukul 10 pagi.

Mereka ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datuk Tajul Urus Mat Zain (Tanjung Dawai) Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).




Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (Belantek), Aminuddin Omar (Jitra) dan Datin Noor Sabrina Mohd. Noor (Bandar Baharu).

Kesemua lapan ADUN tersebut belum pernah dilantik ke jawatan itu dengan empat daripada mereka adalah wakil rakyat penggal pertama.

Yang turut menyaksikan istiadat tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, BN memperoleh sebanyak 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkan memerintah negeri ini. - UTUSAN ONLINE

1 comment:

Anonymous said...

Kpd yg menang dan dilantik.....

Jgn hanya mengayakan diri keluarga
Jgn hanya mementingkan kroni/geng
Bukan keluarga anda saja nak hidup senang
Bukan anak isteri anda saja nak shopping
Bukan keluarga anda saje nak pakaian meriah
Bukan keluarga anda saje ke luar negeri
Bukan keluarga anda saja nak makan steak

Dah pakai kot jgn menyombong diri... Majukan anak anak Melayu.... Majukan kg Melayu. Jgn asyik beri tanah buat rumah mahal Melayu tak mampu beli...yg beli cina...

Kerana andalulus dan beri lesen...bangsa
Melayu marah mengamuk kat UMNO/BN/KERAJAAN.....padahal anda yg tamak .... Mentang mentang duit cina BESAQ

JGN MUSNAH NAMA MELAYU ISLAM AKIBAT PERBUATAN

INGAT MELAYU BAWAH/KG YG MEMENANGKAN ANDA YB BUKAN CINA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive