Wednesday 15 May 2013

PHAHROLRAZI LETAK JAWATAN FRUST MENONGGENG TAK DILANTIK JADI PESURUHJAYA PAS KEDAH





Berita tentang perletakkan jawatan Phahrolrazi sebenarnya aku dah dapat tau selepas Mahfuz dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah..

Pekara ini ditulis sendiri oleh salah seorang penyokong kuat Phahrolrazi di Kuala Kedah dalam laman FB..

Seperti diduga, para penyokong beliau tidak bersetuju dengan tindakkan Pas Pusat melantik Mahfuz sebagai pengganti Ust Azizan.Bagi mereka Phahrolrazi lebih layak dan kalau mengikut carta organisasi Pas Kedah, Phahrolrazi orang no 2 di peringkat negeri..Namun tindakkan Pas Pusat melantik Mahfuz menyebabkan ramai penyokongnya tersentap..

Lantas, mereka menyeru agar Hadi Awang letak jawatan akibat kekalahan teruk Pas pada PRU kali ini..





Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri berikutan keputusan Pas Pusat melantik Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu.

Beliau yang memegang jawatan tersebut sejak 2009 menghantar surat peletakan jawatan berkenaan kepada Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad Isnin lalu dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi.

Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundur berkata, beliau bagaimanapun masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah.

Katanya, beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya.

"Jawatan itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan, wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan individu yang rapat dengannya,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


2 comments:

Anonymous said...

TU BARU ORANG KATA GENTLEMAN.

Anonymous said...

Mereka berebut kuasa....bukan memikir tanggungjawab amanah dan dosa....yg ada hanya KEKUASAAN

YANG MENANG CINA.....
BANGSA SEAGAMA SANGGUP DITEKAN TINDAS DIHINA DIMAKI DIKAFIR

MASYAALLAH.....dunia sandiwara memalukan BANGSA AGAMA ISLAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive