Sunday 12 May 2013

MAT SABU KATA PENGUNDI SIAM DI PENDANG DAPAT IC PALSU ?? DAH KALAH TU DIAM SAJA LAH MAT OII




Akhirnya Timbalan Presiden Pas kalah hatrik sepanjang 3 penggal berturut turut sudah bersuara menuduh BN gunakan taktik jahat untuk kalahkan beliau di Pendang..

Mat Sabu menuduh masyarakat siam di Pendang diberi ic atau mengunakan ic palsu untuk mengundi dan mengakibatkan beliau kalah teruk kepada " Tok Man Bedui"..

Aku cuma nak terangkan sedikit saja terhadap bang mat agar faham tentang kemajmukan masyarakat di Pendang..Pendang mempunyai ramai masyarakat siam bumiputera yang layak mengundi..Mereka ni sudah turun temurun tinggal di Malaysia, Kalau bang mat tak tau pasal masyarakat siam, bang mat boleh tanya Senator Boon Song.. Beliau lebih arif dalam hal ni..



Satu lagi penolakkan masyarakat Pendang kepada bang mat bukan hanya orang siam sahaja, malah orang Pas sendiri tolak bang mat.. Depa nak orang tempatan yang mengundi di Pendang dan anak jati Pendang bukannya calon luar yang suka lompat lompat kawasan macam bang mat..

Sebelum bang mat bercita cita untuk menapak di Pendang pada PRU13, bang mat kena kaji dulu persekitaran, masyarakat, hubungan adik beradik antara calon, lepas tu baru bang mat buat keputusan..Kalau bang mat nak tau, adik beradik Tok Man Bedui ramai orang Pas..

Dari pada depa bagi undi kat bang mat orang luaq, lebih baik depa bagi kat Tok Man anak tempatan, otak lebih cerdik dari bang mat hat bodoh macam kayu tu sampai tak tau wujudnya orang siam di Pendang..


Mohamad Sabu berkata, beliau kalah dengan besar di DUN Sungai Tiang iaitu di kawasan orang Thai. "Bayangkan ada saluran dalam kawasan pilihan raya saya, orang keluar mengundi 99 peratus," katanya.

Ekoran itu, Timbalan Presiden Pas tersebut yakin stategi jahat digunakan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya kali ini.

"Saya kalah dengan undi orang Thai kali ini. Saya mengesyaki mereka diberikan kad pengenalan untuk mengundi atau penggunaan kad pengenalan palsu. Sebab itulah jumlah keluar mengundi di kawasan mereka meningkat kepada 99 peratus," kata Mohamad.

Dalam pilihan raya ini, Mohamad kalah di Parlimen Pendang dengan majoriti 2,638 undi. Beliau tewas di tangan calon BN Datuk Othman Abdul.

Walaupun menang di DUN Tokai dengan majoriti 5,833 undi, calon PAS tewas dengan majoriti 6, 994 undi di DUN Sungai Tiang.

Di Sungai Tiang, ramai pengundi Siam yang tinggal dan mengundi di sini. Mohamad yakin, banyak kad pengenalan palsu di keluarkan untuk mengalahkan beliau kali ini.

Peratusan keluar mengundi di Sungai Tiang adalah 89.31 peratus, satu angka yang sangat besar dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini.

Bagi penganalisis politik negeri Kedah, sudah tentu tak setuju dengan Mat Sabu, sebab kawasan Sungai Tiang, yang diyakini kawasan siam dan tegar BN.

2 comments:

Anonymous said...

INI LAH SALAH SEORANG YANG TIDAK BOLEH TERIMA KEKALAHAN YAKNI QADA & QADAR DRPD ALLAH YANG MAHA ESA......

Anonymous said...

takpe Mat.., sebab tak terpilih jadi MP, boleh merayau bagi ceramah.

Tak payah buat kerja dan berkhidmat untuk Masyarakat.!

(Anak Siam)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive