Thursday 18 April 2013

PANASSS !!! PAS KEDAH GOYANG AKU JANJI BN KEDAH PRU 13 LEBIH BAIK !!!



BN Kedah hari ini telah melancarkan Aku Janji BN Kedah 2013 bagi mengembalikan semula hala tuju dan pembangunan yang amat diperlukan oleh rakyat Kedah selepas terbantut sepanjang lima tahun di bawah pentadbiran Kerajaan Pas Kedah.

Lebih daripada 100 perkara yang akan diusahakan oleh BN Kedah jika rakyat memberi mandat kepada parti itu untuk kembali mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13.



Antara perkara seperti terkandung dalam buku Aku Janji BN Kedah 2013 setebal 18 muka surat itu ialah:

- Menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab

- Menaiktaraf semua pusat tahfiz

- Membangunkan 'Bandar Raya Getah' Kota Putra di Padang Terap yang akan menawarkan 13,000 peluang pekerjaan

- Membangunkan Alor Setar menjadi bandar raya metropolis

- Membangunkan Jerlun sebagai pusat industri minyak dan gas

- Melonjakkan kembali Taman Teknologi Tinggi Kulim sebagai ikon industri berteknologi tinggi negara

- Melupuskan bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil

- Menaiktraf jeti di Kuala Kedah dan Langkawi untuk keselesaan para pelancong

- Menyediakan pelbagai insentif kepada pemaju bagi memudahkan rakyat memiliki rumah

- Memperhebatkan pembinaan rumah untuk dimiliki

- Meningkat dan membaikpulih sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir kilat

- Menebus kembali kegemilangan bola sepak Kedah menerusi pembangunan semua peringkat

- Melonjakkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai institusi pengajian tinggi negeri Kedah yang ulung melalui pengkhususan jurusan kepakaran Kuin

- Memastikan kebajikan warga Kuin seperti kemudahan tempat tinggal, gaji dan sebagainya setanding dengan institusi pengajian setaraf sepertimana yang layak mereka nikmati.

Inilah yang rakyat Kedah mahukan Aku Janji BN PRU13 kali ini dilihat cukup baik bagi memacu negeri Kedah agar lebih maju dan berdaya saing seiring dengan pembangunan pusat..

2 comments:

Anonymous said...

PAS tak mampu mentadbir negeri Kedah, buat jalan 2km sampai habis duit rakyat 60 juta.

Kena saman tak mampu bayar.

Siasat projek jalan tanjung bendahara alor setar.


Anonymous said...

https://sg.news.yahoo.com/kedah-appeal-rm30m-court-award-000806420.html?soc_src=social-sh&soc_trk=wa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive