Saturday 6 April 2013

PANASS !!! WAN JIJAH, AKU CERAIKANMU DEMI ASSMINKU - NUAR BERAHIM




Agak agak hangpa mana satu yang betui ni, Azmin kata Wan Azizah takkan bertanding, si Nurul Izzah pulak kata mak dia kena bertanding, Anwar pulak kata bini dia tak bertanding.. Lepas tu Anwar kata nak lawan di Tambun sebelum ni, semalam pulak kata nak lawan kat Permatang Pauh..

Macam mana ni?? Pembahagian calon pun tak terurus lagi tu pun ada hati nak tawan Malaysia?? Itu pun ada hati nak letak calon lebih bertanding di semua kawasan?? Kalau macamni nampak gaya, alamatnya rakyat akan menyesal pilih depa..Buat kerja belum tentu lagi tapi duk sebuk nak berpolitik sampai kawasan terabai..



Kenyataan Azmin

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mengesahkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak bertanding dalam pilihan raya kali ini.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan yang sangat jelas bahawa Wan Azizah tidak akan bertanding kali ini,” kata Azmin menjawab berkenaan isu itu pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Menurutnya, Presiden KEADILAN berperanan besar pada waktu kempen pilihan raya dan akan ke seluruh negara untuk menjelaskan tawaran Manifesto Pakatan Rakyat.

“Wan Azizah mempunyai peranan yang lebih besar, tidak semestinya sebagai calon. Beliau punya pengaruh kuat di kalangan wanita.

“Dia perlu ke seluruh negara untuk menarik dan meyakinkan golongan wanita tentang pentingnya peranan mereka,” kata Azmin.

Menurut Azmin, perkara itu selari dengan dasar parti yang meletakkan sasaran 30 peratus wanita sebagai calon.

“Kita ada polisi yang jelas dalam memperjuangkan wanita, malah menerusi pemilihan calon KEADILAN ada 30 peratus peluang untuk wanita menjadi wakil, dan kita semakin hampir dengan peratusan itu,” jelas Pengarah Pilihan Raya KEADILAN itu.

Keadilan Daily semalam melaporkan, Ketua Umum dalam temubual bersama Al-Jazeera pada Rabu lalu memaklumkan Wan Azizah tidak bertanding.

“Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding pilihan raya,” kata Anwar.


Kenyataan Nurul Izzah

Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.

"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera, Rabu lalu.

"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan(merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja.

"Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.

"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.

Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temubual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam. - Bernama


Kenyataan Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 sebagai respon kepada dakwaan nepotisme dalam PKR.

"Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada di dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya," katanya ketika temubual secara langsung dengan Al-Jazeera petang semalam, seperti lapor Harakahdaily.

Jawapan Anwar itu sekaligus menepis desas-desus bahawa isterinya turut dicalonkan dalam pilihan raya umum kali ini. Wan Azizah dikatakan akan bertanding salah satu DUN di Selangor.

Ura-ura itu disambut baik oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang dilapor berkata Wan Azizah layak menjadi MB Selangor selepas ini.

Bagaimanapun, ia dilihat negatif oleh beberapa pihak kerana Anwar dan anaknya Nurul Izzah Anwar sudah cukup untuk bertanding.

Anwar pula dilaporkan akan bertanding di Perak kali ini bagi melebarkan jangkauan pengaruhnya selepas bertapak di Permatang Pauh sejak 1982.

Sehingga kini Anwar masih belum tentukan kerusi manakah beliau akan bertanding.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive