Wednesday 16 January 2013

PANAS !! ZULKIFLI NORDIN DESAK HADI AWANG !!




Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajib menarik balik serta membatalkan persetujuan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kenyataannya membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Malah, beliau mengalu-alukan keputusan Majlis Syura PAS kelmarin yang memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sekaligus menentang kehendak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hadi.

"Datuk Seri Hadi dan kepimpinan eksekutif PAS wajib menarik balik dan membatalkan persetujuan dengan DAP dan PKR untuk membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah.

"Saya mengalu-alukan keputusan Majlis Syura Pas yang memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam. Bercanggah dengan kehendak Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang," katanya menerusi akaun twitter beliau, zulkiflinoordin semalam.



Sebelum ini, Hadi menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
Pemuda PAS pula beranggapan tidak ada keperluan untuk mengulas isu tersebut atas alasan Presiden sudah mengeluarkan kenyataan rasmi yang dianggap pendirian parti.

Biarpun Hadi menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib pula menegaskan kalimah Allah hanya khusus untuk agama Islam dan agama-agama lain tidak berhak menggunakan kalimah suci itu.

Bagaimanapun, dalam mesyuarat kelmarin, PAS mengubah pendirian apabila Majlis Syura parti berkenaan yang dianggotai 15 anggota memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menyatakan, menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.

Isu penggunaan kalimah Allah timbulselepas Guan Eng dalam ucapannya sempena sambutan Krismas lalu mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.

Tindakan Guan Eng menimbulkan bantahan dan kecaman pelbagai pihak. ANTARAPOS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive