Wednesday 12 December 2012

POLIS BURU SUSPEK CURI BARANG LETAK CELAH KANGKANG !!




Polis sedang mengesan seorang wanita yang disyaki mencuri minuman keras serta Milo bernilai hampir RM900 dari sebuah pasar raya di Jalan 4/1 Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan pada 27 September lalu.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit yang berlagak sebagai pelanggan, datang ke premis berkenaan bersama seorang kanak-kanak dan dua lelaki.

Bagaimanapun perbuatan wanita itu langsung tidak disedari, sehinggalah pengurus keselamatan premis membuat pemeriksaan tiga hari kemudian dan mendapati beberapa stok barangan hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pengurus itu kemudiannya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis, sebelum menemui rakaman perbuatan licik wanita terbabit.






"Berdasarkan rakaman, wanita itu mencuri lima karton minuman keras berharga RM828 dan sepeket milo seberat dua kilogram berharga RM32.90.

"Kesemua barangan itu disorokkan dalam kain yang dipakainya, sebelum dibawa keluar dari premis," katanya pada sidang akhbar, semalam.

Beliau berkata, perkara itu terus dilaporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung wanita terbabit diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Raja Mohamad Izzudin Raja Kamarulzaman bagi membantu siasatan.

"Gambar wanita itu kita siarkan di laman Facebook Polis Selangor termasuk media cetak. Kita harap wanita itu juga dapat tampil menyerah diri selepas gambarnya tersiar," katanya.

SINAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive