Tuesday 11 December 2012

PANASS !! PAS KEDAH GUNA TANAH WAKAF SERUPA HARTA NENEK MOYANG DEPA !! #TUKARKEDAH




Semalam lebih kurang pukul 11 pagi, bertempat di Balai Polis Kubur Panjang, Pendang. 1 laporan polis telah dibuat oleh sekumpulan penduduk kampung diketuai oleh Ustaz Zolkifli Deris berhubung tindakan puak Gerombolan Regim Zionis Pas Kedah yang mahu menggunakan tanah wakaf Pondok Awladiyah Batu 19, Jalan Kubur Panjang untuk dijadikan markas Pas Dun Sg Tiang. Pondok Awladiyah ditubuhkan pada tahun 1950an kini telah dijadikan sebagai Tabika Pasti milik Pas.

Kini pihak gerombolan lalat hijau mahu pula mengambil tanah wakaf tersebut kononnya untuk dimajukan semula walhal sebenarnya mahu dijadikan markas Pas Dun Sg Tiang. Inilah tembelang sebenar puak gerombolan perut hijau ini. Mereka berulangkali menuduh bahawa BN telah membunuh sekolah pondok, namun hakikat sebenar, selama ini puak perut hijau inilah yang telah membunuh sistem sekolah pondok dengan menyalahgunakannya demi kpentingan politik sempit Pas.



Dulu pondok Awladiyah ini dipenuhi dengan ramai pelajar daripada seluruh Kedah, namun sejak ada pihak yang mnjadikan pondok Awladiyah sebagai medan tempat untuk berpolitik kepartian, pondok Awladiyah telah hilang serinya sebagai sebuah pondok yang tersohor sehingga menyebabkan pondok tersebut telah mati fungsinya.

Sebelum ini Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah pun meninjau ke pondok Awladiyah untuk dimajukan semula bagi mengembalikan kegemilangan Pondok Awladiyah. Namun hasrat mulia Tun Abdullah tidak mendapat perhatian oleh segelintir ahli lembaga pengarah Pondok Awladiyah yang totok Pas.

Penganut Pas lebih pentingkan politik daripada sistem pengajian pondok yang sudah menjadi tradisi di bumi Kedah..ayuh..jom kita bangkit menentang puak Gerombolan Regim Zionis Pas Kedah yang semakin rakus merosakkan sistem pendidikan pondok dgn menyalahgunakannya untuk dijadikan sbg tempat untuk survival politik sempit Pas..INGAT PAS INGAT MAKHLUK PEROSAK!!!

Sumber Aktivis Umno Pekan Naka

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive