Sunday 9 December 2012

PANAS ! NELAYAN DIZALIMI MINTA KERAJAAN PAS KEDAH BERTANGGUNGJAWAB #TUKARKEDAH



Lebih 50 nelayan bot pukat tunda di Tanjung Dawai dekat sini mengadakan demonstrasi aman di hadapan jeti awam Jumaat, bagi membantah aktiviti mengorek pasir di perairan Kuala Muda, iaitu lima hingga 10 batu nautika dari Pulau Sayak dan Pulau Bidan.

Kumpulan nelayan itu mendakwa aktiviti mengorek pasir tersebut bukan sahaja menjejaskan hasil tangkapan mereka tetapi turut merosakkan pukat.

Wakil kumpulan nelayan itu Mokhtar Mohamad, 47, berkata aktiviti terbabit tidak diketahui bermula sejak bila, namun kesannya dirasai sekitar Julai lalu apabila ramai nelayan bot pukat tunda merungut mengenai pukat rosak dan tangkapan merosot.







"Banyak pukat yang rosak akibat tersangkut pada selut yang terhasil daripada aktiviti mengorek pasir itu, menyebabkan nelayan mengalami kerugian dan terpaksa membaiki atau membeli pukat baru.

"Kami tidak tahu syarikat mana yang bertanggungjawab terhadap aktiviti itu, malah kami juga tidak mempunyai maklumat sama ada mereka beroperasi secara sah atau tidak, sebab itu kami berharap agar pihak yang berkenaan dapat tampil bagi membantu menyelesaikan masalah ini," katanya ketika ditemui.- Media Kedah

1 comment:

taipingcentral_harapan melayu said...

Salam tuan besar.. Mohon di pautkan blog teman ini ye..

http://taipingcentral.blogspot.com/

Terima kasih Boss

Artikel terbaru TC :

http://taipingcentral.blogspot.com/2012/12/live-hmetromy-remaja-terlanjur-dikamar.html

Selamat berkenalan bro.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive