Wednesday 12 December 2012

#DBKL NI BODOH KE ? HALAU ARTIS VETERAN SEBAB TUNGGAKKAN RM800 ??




Panas jugak hati aku baca laporan dari Mstar tentang artis veteran Datuk Yahya Sulong dan Isteri dihalau dari rumah kerana gagal melunaskan bayaran tunggakkan sewa sebanyak RM 800..

Sebab RM 800 tu korang nak halau Datuk Yahaya yang tengah sakit tu ke ?? Memang celaka betul la DBKL ni.. Besar sangat ke nilai 800 tu dengan DBKL ??? Yang peliknya belambak pulak stor stor pendatang asing yang duk berniaga di sekitar KL dan rumah rumah haram PATI walaupun hanya sebelah stor simpanan kenderaan DBKL di Kampung Baru tak dak lak DBKL nak ambil tindakkan..




PETALING JAYA – Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.

“Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Alisah memberitahu dia kini menghidap kanser paru-paru.

Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.

Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.


Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.

“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.

Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.

Ujar Zed, pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.

“Selalunya masalah-masalah begini kami tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika kami tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah,” ujarnya. – mStar Online

Terima kasih pihak seniman yang mengambil tindakkan segera menyelesaikan masalah Datuk Yahya Sulung serta keluarganya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive