Tuesday 12 June 2012

TERPANASS !!! PENDUDUK BERJAYA HALANG DARI DI HALAU OLEH REGIM PAS KEDAH ??!!! #SAVEKEDAH



Inilah yang harus diterima oleh rakyat Kedah yang berpendapatan kecil apabila mereka diarahkan mengosongkan kediaman oleh regim pas kedah pada 28 Mei lalu..Namun kerana tidak puas hati penduduk berjaya mendapatkan perintah injunksi dari Mahkamah menghalang mereka dari dihalau..

Kenapa Kerajaan Negeri bertindak KEJAM terhadap rakyat sendiri..Tiadakah jalan penyelesaian terbaik untuk mereka..Rata rata penduduk disitu hanya berpendapatan tak seberapa..



Mana wakil rakyat Pas Kubang Rotan?? takkan duk sebuk kayuh gerek tak habis lagi kot ?? Sejahterakah rakyat kedah dibawah pemerintahan regim pas?? Dulu bukan main lagi bagi macam macam janji kat rakyat kononya pas lah paling prihatin nasib rakyat..

La ni apa dah jadi ?? tak bayaq dan lambat bayaq pun hampa arah keluar..

ALOR SETAR - Seramai 141 penghuni rumah pangsa Seri Gemilang, Kampung Batin di sini, yang diarah mengosongkan kediaman itu oleh kerajaan Kedah, berjaya mendapatkan perintah injunksi interim yang menghalang mereka daripada diusir.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Alor Setar, See Mee Chun mengeluarkan perintah itu setelah mendengar permohonan peguam yang mewakili mereka, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid, di dalam kamar semalam.

Muhammad Nizamuddin menyerahkan perintah itu kepada wakil Setiausaha Kerajaan Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini untuk dikuatkuasakan.

Seramai 141 penghuni rumah pangsa itu menerima notis mengosongkan rumah yang ditampal pada pintu rumah mereka pada 29 April lepas atas alasan melanggar syarat atau gagal menjelaskan bayaran. Mereka diarah mengosongkan rumah pada 28 Mei lepas.

Peguam itu yang ditemui di Wisma Darul Aman sebelum menyerahkan perintah berkenaan, berkata 18 orang penduduk mewakili penghuni lain, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi dan menamakan kerajaan Kedah sebagai responden.

"Dalam kes ini, kerajaan Kedah tidak mematuhi prosedur pengeluaran notis pengusiran selain ditampal dipintu. Notis seharusnya dikeluarkan selepas mahkamah mengeluarkan perintah.

Pesuruhjaya Kehakiman melihat kes ini ada kepentingan umum dan kerana itu beliau mengeluarkan perintah larangan pengusiran itu," kata Muhammad Nizamuddin.

Menurutnya ada di antara penerima notis itu menduduki rumah pangsa berkenaan sejak 2006 tetapi tidak menandatangani perjanjian jual-beli dengan kerajaan negeri kecuali dua orang menandatanganinya baru-baru ini.

Pembeli rumah pangsa itu dikehendaki membayar RM70 sebulan untuk tempoh 45 tahun enam bulan. Sembilan blok rumah pangsa berkenaan mengandungi 720 unit rumah, dibina untuk penduduk yang tinggal di tanah kerajaan yang diambil balik.

Beliau berkata mahkamah menetapkan 28 Jun ini bagi semakan kehakiman jika terdapat bantahan pihak responden.

Sementara itu pengerusi Rukun Tetangga Rumah Pangsa Seri Gemilang, Tengku Kamal Tengku Ahmad yang turut hadir berkata antara penghuni yang menerima notis itu ialah ibu tunggal, orang kurang upaya dan nelayan.

"Walaupun sewa cuma RM70 sebulan, kebanyakan penghuni berpendapatan kecil. Kami berusaha berunding dan meminta kerajaan negeri menjelaskan syarat-syarat yang ditetapkan, tetapi tidak mendapat perhatian," katanya. - Bernama




MTK
PEMERINTAHAN ISLAM KA MACAM NI ?? HAKQ TUIHH

2 comments:

Anonymous said...

Sekarang PAS baru tahu betapa sukarnya mentadbir negara dan menjaga kebajikan rakyat.

Bukan menipu, memfitnah dan memaki hamun saja.

hangkedee said...

Baru sedar cakap di atas pentas ceramah lebih mudah dari bikin maa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive