Wednesday 13 June 2012

PEMUDA PAS CUBA NASIHAT PM TAPI TAK BERANI NAK NASIHAT ANWAR DAN AZMIN !!!


Nak tergelak pun ada bila baca kenyataan dari penerangan DPPM yang cuba menjadi pakar kaunseling melahirkan rasa dukacita dalam isu bakal menantu PM yang dikaitkan dengan satu penipuan..Berita yang belum tentu sahih itu cuba diputarbelitkan oleh pembangkang yang kononnya terlebih prihatin kepada nasib PM..

Ketua penerangan DPPM juga cuba menasihati PM agar berhati hati memilih menantu kerana DS Najib sekarang ini sudah terpalit dengan banyak menimbulkan kontroversi..

Kenapa Pas hanya berani bersuara bila sesuatu isu dikaitkan dengan Umno ?? Mana suara suara dayus Pemuda Pas untuk pemimpin PR yang terpalit dengan masalah skandal sehingga mengegarkan dunia politik tanah air..



Bila Isu Anwar meliwat, Anwar balun Chinadoll , Isu moral Exco Selangor ,Isu Khalwat Ostad Jam 3 pagi, Isu Azmin dalam jamban ,Isu tarian separuh bogel bertam nite pun mereka diam..tak ada pula suara suara lantang mereka untuk nasihat atau pertikaikan mereka mereka yang terlibat..

Bila kena saja dekat parti lawan, mereka lah jaguh berlumba lumba untuk keluarkan kenyataan kadang sampai empat hingga lima artikel pasal tajuk itu sahaja..sedangkan orang yang sama saja bersuara tapi ditulis berlainan sudut..

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa dukacita dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan bahawa bakal menantunya Daniyar Nazarbayev terlibat dengan penipuan.

Ini ekoran pendedahan dokumen oleh mahkamah Amerika Syarikat mengenai Daniyar yang didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 juta (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Jika benar dakwaan ini, DPPM merasa sedih kerana PM Malaysia begitu banyak diaibkan di peringkat antarabangsa. Sudahlah diri beliau dikaitkan dengan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM 3.1 bilion ringgit, bakal menantunya pula kini dituduh menipu. Seolah-olah PM Malaysia mempunyai terlalu ramai musuh dari dalam dan luar negara dan semua pihak yang memusuhinya mahu sangat beliau tersungkur jatuh sebelum PRU ke 13 sehingakan satu demi satu masalah peribadi beliau dan ahli keluarganya dibongkarkan.

DPPM merasakan Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri yang paling banyak mencipta kontroversi peribadi terutama dalam keluarganya. Seperti perumpamaan Melayu, ‘bapa borek, anak rintik’, beliau seperti turut mengheret sama ahli keluarga beliau dalam pelbagai skandal yang dihadapinya.

DPPM juga meminta supaya PM berhati-hati dalam segenap aspek kerana dirinya dan keluarganya sentiasa menjadi fokus media dan pengamal politik. Jangan pula nanti, banyak lagi pekung yang terdedah melibatkan peribadi beliau dan ahli keluarganya.

DPPM tidak berharap, beliau dijatuhkan kerana isu-isu remeh dan peribadi yang disebabkan kegagalan beliau mengawal kehidupan keluarganya.

Justeru, DPPM menasihatkan PM supaya menyiasat dengan teliti latar belakang bakal menantunya supaya beliau tidak menyesal di kemudian hari. Ini menepati dengan kehendak syariat Islam yang meminta ibu bapa bersikap teliti dalam memilih pasangan hidup anak-anak mereka.

Dalam keadaan belum diijabkabulkan, bakal menantunya sudah menghadapi pelbagai dakwaan, adakah Datuk Seri Najib mampu memastikan menantu beliau tidak bermasalah dan mampu memberikan kebahagiaan kepada anaknya selepas perkahwinan mereka nanti.

DPPM percaya, Pakatan Rakyat akan berpolitik secara sihat dan matang dan akan menentang beliau dalam PRU ke 13 dengan penuh maruah, bukan secara politik kotor yang mengaibkan peribadi beliau sebagaimana yang dilakukan pemimpin parti beliau terhadap pemimpin Pakatan Rakyat seperti yang berlaku sekarang.

Riduan ialah Ketua Penerangan DPPM. HARAMKAH

1 comment:

manjung (TIBAI) said...

sibangang yang terlebih pandai dan perasan bagus...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive