Thursday 10 May 2012

TUDIAA !! VIDEO USTAZ KAMAL SAIDIN BALUN OSTAD JIJAN ISU KUIN





MB akui yuran Kuin akan dinaikkan mulai Julai ini
ALOR SETAR 8 Mei - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui yuran pengajian di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri, akan dinaikkan bermula Julai ini.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin bagaimanapun menyatakan tidak tahu jumlah kenaikan tersebut, tetapi hanya membabitkan pelajar baru yang mendaftar Julai ini bagi menampung kos pentadbiran kolej."Kita telah maklumkan tentang kenaikan yuran ini dan kita tidak akan ganggu pelajar lama walaupun kita mengalami kerugian," katanya kepada pemberitaselepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Wisma Darulaman di sini.


Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkenaan krisis kewangan Kuin sehingga menjejaskan pentadbiran kolej universiti itu semalam.

Antara lain, Mahdzir berkata Kuin akan menaikkan yuran pengajian daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.

Mengulas lanjut, Azizan berkata Kuin adalah antara universiti yang mengenakan yuran yang rendah kepada pelajar sehingga ditegur oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana dasar itu akan menjejaskan pentadbiran Kuin."Semasa saya mula menjadi menteri besar dulu, saya ada menerima cadangan untuk menaikkan yuran tapi saya tahan kerana atas pertimbangan saya, Kuin masih belum cukup kemudahan ketika itu."Tapi sekarang kampus baru kita akan siap hujung tahun ini. Jadi bila siap semua kemudahan termasuklah alat moden yang akan kita gunakan, baru kita naikkan yuran," katanya. - BERNAMA

MTK
Ostad Jijan tak habes habes nak spin isu KUIN..Urus IPT pun sampai takdak duit nak bayar gaji.tu pun ada hati nak menang lagi pru13..Mana pi duit balak yang belambak tu?? Kroni mana yang dapat..jalan rosak pun tak repair,duit dari kerajaan pusat pun hampa tak belanja..Mana pi duit tu ???

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive