Wednesday 9 May 2012

TUDIAA 18SX !! SELENA GOMEZ MAKIN DEWASA MAKIN HOT !!!



DIA baru berusia 19 tahun, tetapi Selena Gomez sudah muncul dalam siri popular televisyen, menghasilkan dua album yang mendapat sambutan hangat, serta memiliki seorang teman lelaki yang juga terkenal.

Kini, langkah Selena terus jauh apabila dia memperkenalkan wangian baru menggunakan namanya sebagai label.


Sesuai dengan statusnya sebagai superstar, kemunculan pewangi itu pasti membawa kesan besar, seperti dilihat ketika dia menjalani penggambaran untuk promosi produk berkenaan.

Remaja itu meningkatkan lagi kehangatan faktor tarikan seksualnya sesuai dengan peningkatan usia apabila tampil dengan imej yang lebih nakal dan liar.



Dia mengenakan gaun hitam ketika mendaki tangki dipenuhi air untuk sesi fotografi pewanginya.

Rambut Selena yang panjang dan hitam dibiar basah ketika dia membuat ombak pada air merah jambu dalam tangki berkenaan.

Gabungan warna latar belakang menggunakan biru menjadikan imej Selena begitu menonjol.

Di sebalik kesibukan tugasnya memenuhi jadual fotografi, Selena tetap menyediakan ruang berehat seketika untuk menggunakan iPhone walaupun ada kemungkinan alat itu terjatuh ke dalam air.

Dia dilihat menghantar mesej teks melalui telefon bimbit sebelum dia memanjat keluar dari tangki itu.

Februari lalu, dia dilihat melawat New York Februari lalu untuk memberikan sentuhan terakhir ke atas pewanginya.

Ditemui majalah People, Selena berkata, syarikat pengeluar minyak wangi itu mencadangkan idea yang menyebabkan dia sangat teruja.

“Produk ini benar-benar membanggakan saya,” katanya.

Sementara itu, teman lelaki Selena, Justin Bieber, juga sibuk dengan proses menyiapkan klip video lagu terbarunya, Boyfriend.



Sumber berkata, melalui promosi klip berkenaan, penyanyi kelahiran Kanada itu dapat dilihat “semakin dewasa.”

Katanya, Bieber kini berusia 18 tahun dan boleh memandu kereta.

“Dia memasuki alam dewasa dan peminat dapat melihat perubahan itu.

“Dia bukan lagi Justin Bieber yang pernah anda kenali sebelum ini,” katanya.

Bieber menjalani penggambaran itu di Los Angeles Mac lalu.

Pengarah klip video berkenaan berkata, minat Bieber kepada cinta dalam video itu membayangkan sifat sebenar penyanyi berkenaan di dunia sebenar..Harian Metro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive