Thursday 3 May 2012

RINTIHAN RAKYAT !!! PEGUAM NEGARA APA LAGI NAK TUNGGU? DAKWA LAH PENGANAS #BERSIH !!


Sudah sampai masanya peguam negara bertindak tegas diatas laporan laporan polis yang dibuat oleh beberapa NGO yang tidak puas hati dengan tindakkan yang dikenakan keatas peserta dan pemimpin bersih.

Difahamkan tuntutan kerugian yang ditanggung oleh peniaga di ibu kota pada bersih 2.0 yang lalu masih belum diselesaikan..Sampai bila peguam negara nak beri muka terhadap mereka..?


Dalam pada itu kenyataan yang dipetik dari ruangan Rencana Utusan Malaysia

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dalam satu sidang akhbar meluahkan kekesalan berikutan sikap Pejabat Peguam Negara yang belum membuat pengesahan terhadap laporan tuntutan kerugian pihaknya akibat perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 tahun lalu.

Menurut Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah, laporan setebal 365 muka surat itu adalah tuntutan kerugian sebanyak RM817,205 daripada 317 peniaga di sekitar Kompleks Pertama, Kuala Lumpur yang mengalami kerugian akibat demonstrasi haram pada 9 Julai 2011.

"Apa yang mengecewakan, sehingga kini Peguam Negara tidak memberi sebarang maklum balas. Oleh kerana tiada tindakan undang- undang, kini Bersih 3.0 muncul dan semakin berani mengganas sehingga meninggalkan impak kepada banyak pihak termasuk peniaga," katanya.
Dalam demonstrasi terbaru itu, jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung 486 peniaga di Kompleks Pertama dianggarkan melebihi RM1 juta.

Apa yang diluahkan oleh Mohd. Ridzuan adalah sebahagian daripada rintihan suara majoriti rakyat yang tertanya-tanya kenapa kerajaan masih berlembut dengan 'dalang' dan peserta perhimpunan haram berkenaan yang telah bermula dengan Bersih 1.0 pada 2007.

Yang kedengaran selama ini hanyalah ungkapan yang sudah kerap kali disebut seperti "kertas siasatan akan dibuka" dan "tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang" sedangkan tiada sebarang tindakan diambil terhadap ribuan laporan polis yang dibuat oleh pencinta kedamaian.

Ketika Bersih 2.0 pula, daripada 235 orang yang ditahan sebanyak 29 telah didakwa di mahkamah. Malangnya hukuman yang dikenakan pihak mahkamah sangat ringan dan daripada senarai yang didakwa, tidak kelihatan pun nama Pengerusi perhimpunan itu, Datuk S. Ambiga.
Dalam pada itu, kekecewaan Mohd. Ridzuan itu sudah pasti dirasai seorang pembaca Utusan Malaysia yang pernah menghantar e-mel panjang lebar membantah layanan baik yang diberikan polis kepada peserta Bersih 2.0 yang ditahan pada tahun lalu.

Perhimpunan haram Bersih 3.0 hanyalah helah pihak pembangkang untuk mewujudkan momentum keraguan rakyat terhadap kekuatan pemerintah hari ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Mereka percaya dengan mengadakan demonstrasi atau perhimpunan jalanan, ia mampu mewujudkan satu keadaan yang boleh menggugat keyakinan orang ramai terhadap kerajaan serta pihak polis," katanya.


Dua hari lepas pada 1 Mei 2012 beberapa NGO telah membuat laporan polis supaya #Bersih3 disiasat. Sebenarnya sebelum bermulanya perhimpunan itu lagi telah banyak laporan diadukan kepada pihak polis sehinggakan timbul cakap-cakap belakang bahawa pihak polis dan Menteri Kementerian Dalam Negeri tidak mahu mengambil sebarang tindakan tegas kepada Bersih. Tuduhan bertimba-timba kepada mereka kerana kononnya tidak mahu menangkap atau menghentikan terus Bersih. Tahukah anda semua bahawa Polis hanya boleh menyiasat dan Peguam Negara yang boleh mendakwa dan membuat saranan hukuman kepada pesalah?

Peguam Negara Malaysia merupakan penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pendakwa Raya di negara. Bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Malaysia. Antara tugas Peguam Negara ialah menentukan sama ada sesuatu kes itu boleh diteruskan atau tidak. Jadi mereka yang sedang disiasat oleh polis belum tentu bersalah. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah atau didakwa oleh Peguam Negara.

Baca seterusnya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive